link : Amalkan Doa Istimewa Malam Lailatul Qadar Yang Diajar Khas Oleh Rasulullah (SAW) Kepada Aishah Ini
Amalkan Doa Istimewa Malam Lailatul Qadar Yang Diajar Khas Oleh Rasulullah (SAW) Kepada Aishah Ini
Amalkan Doa Istimewa Malam Lailatul Qadar Yang Diajar Khas Oleh Rasulullah (SAW) Kepada Aishah Ini
Cukup pantas masa berlalu, tanpa disedari kita telah berada di 10 malam terakhir dan Bulan Ramadan semakin hampir meninggalkan kita. Pada malam-malam terakhir ini, terdapat salah satu malam diantaranya yang menjadi rebutan dan menawarkan ganjaran pahala lebih baik daripada seribu bulan iaitu Malam LailatulQadar.
Didalam Hadis Bukhari dan Muslim mengatakan bahawa Aisyah berkata;
"Nabi Muhammad Saw ber i’tikaf di sepuluh hari terakhir Bulan Ramadhan dan Nabi Muhammad Saw bersabda,Carilah Malam Lailatul Qadar dimalam ganjil pada 10 (Sepuluh) hari terakhir di Bulan Ramadhan,"
(HR. Bukhari no 4/225 dan Muslim no 1169)
Oleh yang demikian,kita amat disarankan untuk mempertingkatkan amalan,beriktikaf dimasjid, mendirikan qiamulail, memohon keampunan dan memperbanyakkan berdoa menjelang malam-malam terakhir bulan Ramadan ini.
Sebagai panduan, ada doa khusus yang telah diajarkan oleh Rasullah SAW jika bertemu dengan malam yang penuh dengan kemuliaan ini.
Doa istimewa ini telah diajarkan oleh Rasullah SAW kepada Ummul Mukminin ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha, iaitu ketika ‘Aisyah bertanya;
“Wahai Rasulullah, jika aku mendapat malam Lailatul Qadar ini, apakah yang harus aku ucapkan atau bacakan?” kemudian Rasullah SAW menjawab,
Berdoalah dengan membaca :
اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Allahumma innaka ‘ afuwwun tuhibbul ‘ afwa fa’fu’anni
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan Engkau mencintai orang yang meminta maaf, maka maafkanlah kesalahanku.”
(Hadis Riwayat At Tirmidzi no 3513 dan Ibnu Majah no 3850)
Namun demikian, para Ulama juga turut menyarankan agar mengamalkan membaca Doa Saat Malam Laitul Qadar ini pada Bulan Ramadhan khususnya di Sepuluh Malam terakhir.
Malah elok juga diamalkan pada bulan–bulan lain setiap hari kerana maksud dari doa tersebut ialah meminta keampunan seorang hamba kepada Allah Swt kerana setiap Muslim tidak lepas dari melakukan dosa.
Sumber: ilmutauhid.com
Demikianlah Artikel Amalkan Doa Istimewa Malam Lailatul Qadar Yang Diajar Khas Oleh Rasulullah (SAW) Kepada Aishah Ini
Anda sekarang membaca artikel Amalkan Doa Istimewa Malam Lailatul Qadar Yang Diajar Khas Oleh Rasulullah (SAW) Kepada Aishah Ini dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/amalkan-doa-istimewa-malam-lailatul.html