10 Petua Bersihkan Kerang Dengan Cara Mudah, Hilangkan Kotoran Pada Bahagian Cengkerang

10 Petua Bersihkan Kerang Dengan Cara Mudah, Hilangkan Kotoran Pada Bahagian Cengkerang - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 10 Petua Bersihkan Kerang Dengan Cara Mudah, Hilangkan Kotoran Pada Bahagian Cengkerang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 10 Petua Bersihkan Kerang Dengan Cara Mudah, Hilangkan Kotoran Pada Bahagian Cengkerang
link : 10 Petua Bersihkan Kerang Dengan Cara Mudah, Hilangkan Kotoran Pada Bahagian Cengkerang

Baca juga


10 Petua Bersihkan Kerang Dengan Cara Mudah, Hilangkan Kotoran Pada Bahagian Cengkerang

Bagi yang meminati makanan laut, sudah pasti tidak akan lepaskan peluang untuk menikmati kepelbagaian masakan makanan laut, dari udang, ketam, kepah, mahu pun kerang, hidangan yang disajikan sudah pasti membuat diri terliur.

Mungkin ada di antara kita yang gemar menikmati kerang, yang dicolek bersama sos cili thai. Ia merupakan satu kepuasan dapat merasai hidangan tersebut.

Tapi, ada ketikanya keadaan kerang tidak begitu bersih, yang mana cengkerang masih ada kotoran yang melekat, dan membuatkan hilang selera.

Namun begitu, menerusi perkongsian dari saudari Shida Rahman, terdapat beberapa petua yang boleh kita gunakan, dalam membersihkan kulit kerang. Mari kita ikuti perkongsian darinya.

PETUA CARA MUDAH BERSIHKAN KULIT KERANG

Siapa suka makan kerang? Saya sangat-sangat suka makan kerang.

Kerang yang dijual warnanya gelap. Nak masak perlu bersihkan sampai putih berseri kan. Sebelum ni saya gaul-gaul ramas-ramas gitu banyak kali, buang airnye, ramas lagi dan lagi pastu terus rebus.
Rupa-rupanya ada petua cara mudah untuk bersihkan kerang.

Cara 1: Batang serai


Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan toskan. Anda akan dapati kulit kerang akan lebih bersih. Kalau ada serai la kan.

Cara 2: Pelepah pisang

Ambil beberapa batang pelepah pisang dan sedikit daunnya lalu digosokkan pada kerang. InsyaAllah kerang cepat cuci dan isi kerang lebih enak rasanya.

Cara 3: Daun ubi

Gaul dengan daun ubi. Ramas-ramaskan, bersih jugak.

Cara 4: Daun betik

Guna daun betik pun boleh putih bersih.

Cara 5: Hampas kelapa

Gaul kerang dengan hampas kelapa dan biarkan sejam dua. Kulit kerang akan putih bersih. Ni kalau ada kelapa la kan. Kat rumah ni saya guna santan je untuk memasak.

Cara 6: Bawang putih

Basuh dengan bawang putih yang ditumbuk pun boleh.

Cara 7: Air beras

Rendam dengan air beras untuk bersihkan kerang.

Cara 8: Asam keping

Rendam asam keping pon boleh, dalam setengah jam gitu, putih bersih kerang.

Cara 9: Garam

Rendam kerang guna garam.

Cara 10: Serbuk kunyit

Rendam kerang dalam semangkuk air yang dah masukkan serbuk kunyit. Rendam selama 16 minit.
Cara ni paling best. Saya guna cara ni je.

Korang guna cara mana satu ye? Sesiapa nak share post ni sila kan. Moga bermanfaat utk semua.

- Siakap Keli

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 10 Petua Bersihkan Kerang Dengan Cara Mudah, Hilangkan Kotoran Pada Bahagian Cengkerang

Sekianlah artikel 10 Petua Bersihkan Kerang Dengan Cara Mudah, Hilangkan Kotoran Pada Bahagian Cengkerang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 10 Petua Bersihkan Kerang Dengan Cara Mudah, Hilangkan Kotoran Pada Bahagian Cengkerang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/10-petua-bersihkan-kerang-dengan-cara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :