APMM Tahan 20 Nelayan Vietnam Tangkap Ikan Tanpa Lesen

APMM Tahan 20 Nelayan Vietnam Tangkap Ikan Tanpa Lesen - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul APMM Tahan 20 Nelayan Vietnam Tangkap Ikan Tanpa Lesen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : APMM Tahan 20 Nelayan Vietnam Tangkap Ikan Tanpa Lesen
link : APMM Tahan 20 Nelayan Vietnam Tangkap Ikan Tanpa Lesen

Baca juga


APMM Tahan 20 Nelayan Vietnam Tangkap Ikan Tanpa Lesen

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan 20 awak-awak dipercayai nelayan Vietnam yang disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa lesen vesel yang sah, semalam.

Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mamu Said Alee berkata kesemua mereka yang berusia antara 16 dan 44 tahun itu ditahan pada pukul 1.36 petang semalam ketika sedang melakukan aktiviti menangkap ikan lebih kurang 72 batu nautika dari Kuala Tok Bali di sini.

“Awak-awak yang tidak mempunyai permit kerja yang sah itu ditahan oleh kapal ronda KM AMANAH dalam Operasi Pagar Laut di Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) Wilayah Timur di bawah Operasi Pagar Laut bagi mengekang dan menjaga perairan pantai timur dari diceroboh oleh bot-bot nelayan asing semasa musim perayaan yang meliputi Pahang, Terengganu dan Kelantan.

“Semasa pemeriksaan dijalankan ke atas bot terbabit, terdapat hasil ikan campur yang dianggarkan sebanyak 2,500 kilogram dan ikan baja lebih kurang 2,500 kilogram,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mamu berkata kesemua suspek telah dibawa masuk ke Jeti APMM Tok Bali di sini untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata aset-aset Maritim Malaysia Wilayah Timur sentiasa bersedia untuk memberi bantuan tidak mengira waktu sama ada siang atau malam sekiranya ada berlaku kes-kes kecemasan terutama ketika berada di laut.

Katanya orang ramai boleh menghubungi terus Pusat Operasi Maritim Wilayah Timur yang beroperasi 24 jam di talian 09-5717345 atau melalui MERS 999.

– BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel APMM Tahan 20 Nelayan Vietnam Tangkap Ikan Tanpa Lesen

Sekianlah artikel APMM Tahan 20 Nelayan Vietnam Tangkap Ikan Tanpa Lesen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel APMM Tahan 20 Nelayan Vietnam Tangkap Ikan Tanpa Lesen dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/apmm-tahan-20-nelayan-vietnam-tangkap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :