AS mahu China terus pantau aktiviti Pyongyang

AS mahu China terus pantau aktiviti Pyongyang - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AS mahu China terus pantau aktiviti Pyongyang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AS mahu China terus pantau aktiviti Pyongyang
link : AS mahu China terus pantau aktiviti Pyongyang

Baca juga


AS mahu China terus pantau aktiviti Pyongyang

SINGAPURA: Amerika Syarikat (AS) menyambut baik usaha China mengawal tindak tanduk Korea Utara, tetapi menolak usaha Beijing menukar kepulauan di Laut China Selatan menjadi pangkalan tentera, kata Setiausaha Pertahanan AS, Jim Mattis.

Kenyataan Mattis, pada Dialog Shangri-La menunjukkan cara pentadbiran Presiden Donald Trump cuba mengimbangi kerjasama dengan China untuk mengehadkan program senjata nuklear dan peluru berpandu, sambil menangani aktiviti Beijing di Laut China Selatan.

Trump secara aktif mendapatkan sokongan Presiden Xi Jinping, untuk mengawal Korea Utara. Keadaan itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan sekutu Washington di Asia bahawa ia mungkin membolehkan China bergerak lebih bebas.

Bercakap di forum keselamatan utama Asia itu, Mattis berkata, ancaman Korea Utara 'jelas dan wujud' dan Pyongyang semakin pantas membangunkan senjata nuklear.

Amerika Syarikat berdepan kesukaran membendung program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara, yang menjadi isu keselamatan utama kerana Pyongyang mahu membangunkan peluru berpandu nuklear yang mampu menyerang AS.

Pentadbiran Trump, sebelum ini mendesak China mengawal negara jirannya sambil memberi amaran bahawa semua pilihan dipertimbangkan, jika Korea Utara meneruskan program nuklearnya.

"Pentadbiran Trump menyambut baik komitmen baharu China bekerjasama dengan komuniti antarabangsa ke arah menghapuskan senjata nuklear," kata Mattis. - Reuters/BH

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel AS mahu China terus pantau aktiviti Pyongyang

Sekianlah artikel AS mahu China terus pantau aktiviti Pyongyang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AS mahu China terus pantau aktiviti Pyongyang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/as-mahu-china-terus-pantau-aktiviti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :