link : Pembuli Zulfarhan disiasat bawah seksyen 302, bakal dihukum gantung sampai mati jika disabit kesalahan!
Pembuli Zulfarhan disiasat bawah seksyen 302, bakal dihukum gantung sampai mati jika disabit kesalahan!
Zulfarhan yang juga pelajar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dilaporkan meninggal dunia akibat didera rakan dengan seterika wap pada Khamis lalu.
Untuk membantu siasatan, pihak polis telah menahan reman 36 suspek yang terdiri daripada 32 penuntut UPNM dan empat lagi daripada Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
Mahkamah Majistret Sepang juga telah mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari kepada suspek setelah penuntut Fakulti Kejuruteraan Elektrik itu meninggal dunia pada jam 10 malam Khamis.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, beberapa rakan mangsa telah menghantarnya ke hospital untuk rawatan kerana mengalami kecederaan melecur dan lebam.
“Tangkapan telah dijalankan ke atas 36 orang mahasiswa yang berusia 20 dan 21 tahun.
“Mereka terdiri daripada 32 penuntut UPNM dan empat penuntut Universiti Tenaga Nasional (Uniten),” jelasnya.
Sumber : Astro Gempak
Demikianlah Artikel Pembuli Zulfarhan disiasat bawah seksyen 302, bakal dihukum gantung sampai mati jika disabit kesalahan!
Anda sekarang membaca artikel Pembuli Zulfarhan disiasat bawah seksyen 302, bakal dihukum gantung sampai mati jika disabit kesalahan! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/pembuli-zulfarhan-disiasat-bawah.html