Bekas pemain bola sepak semi pro kini gemar kumpul kukur kelapa antik

Bekas pemain bola sepak semi pro kini gemar kumpul kukur kelapa antik - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas pemain bola sepak semi pro kini gemar kumpul kukur kelapa antik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas pemain bola sepak semi pro kini gemar kumpul kukur kelapa antik
link : Bekas pemain bola sepak semi pro kini gemar kumpul kukur kelapa antik

Baca juga


Bekas pemain bola sepak semi pro kini gemar kumpul kukur kelapa antik

IPOH: Lain padang lain belalang, lain orang lain ragamnya. Demikianlah kisahnya dengan seorang bekas pemain bola sepak pasukan semi pro Kelantan pada awal 90an yang kini beralih kepada hobi mengumpul kukur kelapa antik atau lama.

Zulyadan Abdullah, 53, yang berasal dari Kelantan berkata beliau mula berjinak-jinak dengan hobi mengumpul kukur kelapa kira-kira empat tahun lalu kerana melihat kepada 'jasa' barangan tersebut kepada kehidupan manusia sebelum ini.

"Kukur kelapa digunakan oleh masyarakat dahulu untuk mengukur atau mendapatkan isi kelapa seterusnya diambil santan dalam menyediakan makanan.

"Kukur ini ibarat barang yang banyak berjasa tetapi telah dilupakan begitu sahaja kerana adanya peralatan moden," katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Zulyadan bangga dengan koleksinya. - Bernama

Beliau yang pernah bergandingan dengan Marko Kraljevic dalam satu pasukan berkata sehingga kini dia memiliki kira-kira 10 jenis kukur lama atau dipanggil 'Koree' dalam kalangan masyarakat Kelantan, sama ada yang diperbuat daripada kayu atau besi.

Bapa kepada empat anak itu berkata beliau sanggup berkorban wang ringgit demi hobinya itu termasuk mencarinya di pasar menjual barangan lama atau menerusi kenalan.

Setiap kukur kelapa ada cerita tersendiri dari segi seni reka dan buatannya. - Bernama

"Saya tidak pernah rasa menyesal sebaliknya merasakan satu kepuasan apabila sesuatu barangan diminati dapat dimiliki," kata Zulyadan yang menanam hasrat untuk membuat pameran kukur kelapa antik apabila koleksi bertambah banyak.

Bercerita lanjut mengenai koleksi miliknya, beliau yang bekerja sebagai peniaga berkata ada antara kukur kelapa dalam simpanannya dianggar berusia 100 tahun berdasarkan kepada corak pada badan peralatan itu.

"Ada koleksi saya temukan di Kampung Temelong, Lenggong ketika membersihkan tanah yang dibeli. Kukur itu sangat unik, diperbuat daripada kayu dan berwarna hitam," katanya.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bekas pemain bola sepak semi pro kini gemar kumpul kukur kelapa antik

Sekianlah artikel Bekas pemain bola sepak semi pro kini gemar kumpul kukur kelapa antik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas pemain bola sepak semi pro kini gemar kumpul kukur kelapa antik dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/bekas-pemain-bola-sepak-semi-pro-kini.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :