link : Benarkah Lelaki Botak Lebih Menggoda Dari Lelaki Ada Rambut
Benarkah Lelaki Botak Lebih Menggoda Dari Lelaki Ada Rambut
Masalah keguguran rambut adalah perkara yang biasa bagi lelaki yang mengalami proses penuaan.
Lebih daripada 95 peratus keguguran rambut di kalangan lelaki adalah disebabkan oleh andgrogenetic alopecia atau dalam kata lain ia berpunca daripada faktor genetik.
Pada peringkat awal, kamu akan mendapati wujudnya garisan di bahagian kepala yang membentuk seperti bulatan. Lama kelamaan, kawasan tersebut akan menjadi botak tanpa adanya sebarang pertumbuhan rambut. Oleh sebab itulah, kebanyakkan lelaki akhirnya akan mengalami masalah botak di tengah-tengah dan belakang kepala.
Tetapi Laku Dan Laris!
Daya tarikan seseorang sememangnya bukan sekadar daripada raut wajahnya sahaja. Malahan rambut turut memainkan peranannya. Gaya rambut botak tipis dan buzz cut ini paling menarik minat gadis.
Kebanyakkan beranggapan, dengan rambut tak berapa ada itu, si jejaka kelihatan lebih natural. Bukan itu sahaja, gaya tersebut mampu membuatkan mereka tergoda.
Faktor Rambut Mudah Gugur
Pemakanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan masalah keguguran rambut. Jika ia, gugur dengan kronik dan tidak dikawal, tidak mustahil kamu akan mengalami masalah rambut botak.
Perlu kamu ketahui bahawa pemakanan yang seimbang, iaitu pengambilan nutrien yang secukupnya bukan sahaja boleh merangasang tisu dalam tubuh badan, tetapi juga ia berupaya menguatkan seterusnya merangsangkan pertumbuhan rambut.
Penggunaan bahan kimia yang berlebihan juga boleh menyebabkan rambut kamu rapuh dan mulai gugur. Ini kerana ada di antara produk yang kamu gunakan mempunyai tahap kimi yang tinggi dan tidak serasi dengan rambut.
Masalah hormon dan genetik turut mempengaruhi rambut kamu. Ini kerana, hormon yang tidak stabil mampu membuatkan akar rambut tidak kuat seterusnya menyumbang kepada masalah keguguran rambut.
Sumber: Remaja.my
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Benarkah Lelaki Botak Lebih Menggoda Dari Lelaki Ada Rambut
Anda sekarang membaca artikel Benarkah Lelaki Botak Lebih Menggoda Dari Lelaki Ada Rambut dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/benarkah-lelaki-botak-lebih-menggoda.html