link : Bersalaman, bermaafan sudah dikira hari raya
Bersalaman, bermaafan sudah dikira hari raya
MAKNA Hari Raya Aidilfitri bagi sesetengah orang ialah memakai pakaian, kasut, perhiasan yang baharu untuk meraikan kemenangan selepas 30 hari berpuasa di bulan Ramadan.
Bagi kanak-kanak pula, agenda utama mereka tentunya untuk mengutip duit raya dan makan kuih raya puas-puas.
Namun begitu, pemilik nama Khairul Azmi Saat atau lebih dikenali sebagai Azmi Saat dari Caliph Buskers, sambutan Aidilfitri buat dirinya dilakukan secara ala kadar sahaja.
“Waktu raya orang akan pakai baju cantik-cantik, saya akan pakai baju biasa-biasa sahaja, selalunya adik atau isteri yang akan memilih baju raya untuk saya.
“Istilah raya bagi saya ialah melawat saudara-mara, minta maaf dan bersalam-salaman, itupun sudah dikira hari raya,” katanya ketika ditemui Sinar Online.
Tambahnya lagi, dia ada berbincang dengan rakan-rakan untuk mengadakan ‘open house’ tahun ini.
“Ada juga nak buat rumah terbuka bersama kawan-kawan dalam Caliph Buskers, tapi tak tahu lagi bila.
“Kalau nak buat atas nama Azmi Saat mungkin belum lagi sebab bercampur-baur rasanya, segan ada, takut ada, tak tahu nak layan bagaimana pun ada,” katanya.
Sementara itu, bagi mereka yang merindui Caliph Busker, kumpulan tersebut bakal muncul dengan ‘single’ terbaru lepas raya ini.
“InsyaALLAH, selepas raya ini satu ‘single’ akan dikeluarkan, hasil kerjasama kami dengan abang Faizal Tahir,” kataya lagi.
The post Bersalaman, bermaafan sudah dikira hari raya appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Bersalaman, bermaafan sudah dikira hari raya
Anda sekarang membaca artikel Bersalaman, bermaafan sudah dikira hari raya dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/bersalaman-bermaafan-sudah-dikira-hari.html