Bolt Buat Larian Perpisahan 100m Di Jamaica

Bolt Buat Larian Perpisahan 100m Di Jamaica - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bolt Buat Larian Perpisahan 100m Di Jamaica, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bolt Buat Larian Perpisahan 100m Di Jamaica
link : Bolt Buat Larian Perpisahan 100m Di Jamaica

Baca juga


Bolt Buat Larian Perpisahan 100m Di Jamaica


KINGSTON, Jamaica: Usain Bolt mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong setianya dalam larian perpisahan penuh emosi yang menyaksikan dia melakukan penampilan terakhir di tanah airnya di Stadium Nasional, di sini.

Dia bakal bersara selepas Kejohanan Dunia London pada Ogos ini.

Bolt berhasrat untuk terus memberikan persembahan terbaik apabila memenangi aksi 100 meter (m) di hadapan 30,000 penyokong yang menyaksikannya di trek sama pada kali pertama dia memulakan karier antarabangsanya pada 2002.

Pelari berusia 30 tahun itu memecut untuk mencatat 10.03 saat, jauh ketinggalan berbanding rekod dunia miliknya, namun catatan itu sudah cukup menewaskan pelari lain termasuk naib juara, Javaughn Minzie.

Selepas perlumbaan tamat, lelaki terpantas dunia itu melakukan larian sepusingan dan kemudian kembali ke trek serta lorong nombor lima di mana dia mencium garisan penamat sebelum menunjukkan gaya menjadi identitinya buat kali terakhir di negaranya itu.

Bolt memecut di hadapan lautan hijau dan kuning yang menunjukkan kebanggaan mereka dengan menari, melambaikan bendera dan meniup vuvuzela ketika bunga api turut memeriahkan suasana.

Memandangkan ini adalah larian 100m pertamanya pada tahun ini, Bolt menyatakan dia lebih mementingkan untuk memberikan persembahan terbaik di hadapan penyokong sendiri.

Pelari pecut Jamaica itu menyatakan dia mahu berterima kasih kepada penyokongnya berbanding memecahkan rekod dunia 9.58 saat dalam 100m dan 19.19 dalam acara 200 meter. -AFP
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bolt Buat Larian Perpisahan 100m Di Jamaica

Sekianlah artikel Bolt Buat Larian Perpisahan 100m Di Jamaica kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bolt Buat Larian Perpisahan 100m Di Jamaica dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/bolt-buat-larian-perpisahan-100m-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :