link : Buaya Ancam Penduduk Niah Masuk Perangkap
Buaya Ancam Penduduk Niah Masuk Perangkap
MIRI: Buaya sepanjang enam meter yang sering mengancam keselamatan penduduk di Sungai Lajong, dekat Kampung Lajong Kuala Niah berjaya di jerat jam 10.30 pagi tadi.
Reptilia itu memasuki jerat yang dipasang pihak Jabatan Perhutanan Sarawak, Jumaat lalu selepas jabatan berkenaan menerima laporan penduduk kampung itu berhubung kemunculan reptilia ganas itu di sungai berkenaan.
Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Lajong, Keria Adenan berkata, masih terdapat beberapa ekor buaya besar kerap dilhat muncul Sungai Lajong.
"Penduduk kampung menganggarkan sekitar 10 ekor buaya besar menghuni Sungai Lajong tempat penduduk mengambil air untuk kegunaan harian dan menjala ikan.
"Kita berharap pihak berkuasa meneruskan usaha memindahkan buaya besar berkenaan sebelum ia mencederakan penduduk kampung yang bergantung kepada sumber sungai itu setiap hari," katanya kepada BH hari ini.
Beliau berkata, buaya yang ditangkap itu dipindahkan ke pusat pemuliharaan buaya di Kuala Baram untuk dipelihara di situ. - BHOnline
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Buaya Ancam Penduduk Niah Masuk Perangkap
Sekianlah artikel Buaya Ancam Penduduk Niah Masuk Perangkap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Buaya Ancam Penduduk Niah Masuk Perangkap dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/buaya-ancam-penduduk-niah-masuk.html