Cat bonggol pastikan tiada kemalangan selepas Terawih - Ahmad Fauzee

Cat bonggol pastikan tiada kemalangan selepas Terawih - Ahmad Fauzee - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cat bonggol pastikan tiada kemalangan selepas Terawih - Ahmad Fauzee, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cat bonggol pastikan tiada kemalangan selepas Terawih - Ahmad Fauzee
link : Cat bonggol pastikan tiada kemalangan selepas Terawih - Ahmad Fauzee

Baca juga


Cat bonggol pastikan tiada kemalangan selepas Terawih - Ahmad Fauzee

KUALA LUMPUR: Inisiatif Pemuda UMNO Setiawangsa mengecat bonggol di sekitar kawasan berkenaan merupakan usaha memastikan tiada kemalangan berlaku terutama penduduk sekitar yang pulang bersolat Terawih.

Ketua Pemuda UMNO Setiawangsa, Ahmad Fauzee Shahar berkata, usaha itu membantu jemaah masjid berhampiran terutama keselamatan warga emas yang menunggang motosikal.

"Pada waktu malam bonggol ini tidak jelas kelihatan. Saya berharap dengan cara ini penduduk di sini dapat gunakan kembali jalan ini dengan selesa," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Beberapa bulan yang lalu, penduduk Setiawangsa telah menyambut baik hasrat pihak berkuasa tempatan bagi menurap semula jalan-jalan utama untuk kegunaan dan keselesaan penduduk yang tinggal di kawasan berkenaan.

Namun kata Ahmad Fauzee, setelah selesai menjalankan proses penurapan pihak kontraktor yang telah dilantik tidak menyiapkan sepenuhnya proses baik pulih jalan.

"Paling jelas ialah tiga penghalang kelajuan atau bonggol di Jalan 1/56 yang telah disiapkan, tidak diwarnakan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan selama sebulan.

"Ini telah menimbulkan rasa resah penduduk tempatan kerana bonggol jalan ini tidak kelihatan pada waktu malam dan membahayakan pengguna jalan raya.

"Saya juga mahu perhatian dan tindakan pihak berkuasa tempatan terhadap kontraktor terbabit supaya perkara yang sama tidak berulang lagi," jelasnya.

Katanya lagi, setelah menunggu dan membuat aduan kepada pihak berwajib berkenaan dan masih tiada jalan penyelesaian, pihaknya mengambil langkah inisiatif sendiri untuk mengecat tanda di bonggol jalan terbabit.

"Bonggol jalan berfungsi sebagai panduan dan amaran kepada pengguna jalan raya supaya lebih peka dan berhati-hati selain sebagai langkah keselamatan untuk melindungi pengguna jalan raya terutamanya pejalan kaki, orang awam dan penduduk sekitar.

"Namun setelah kita mengecat bonggol berkenaan, pihak bertanggungjawab telah mengecat semula bongol jalan pada hari berikutnya," ujarnya.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Cat bonggol pastikan tiada kemalangan selepas Terawih - Ahmad Fauzee

Sekianlah artikel Cat bonggol pastikan tiada kemalangan selepas Terawih - Ahmad Fauzee kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cat bonggol pastikan tiada kemalangan selepas Terawih - Ahmad Fauzee dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/cat-bonggol-pastikan-tiada-kemalangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :