‘Dengar arwah tersedak dua kali’

‘Dengar arwah tersedak dua kali’ - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Dengar arwah tersedak dua kali’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Dengar arwah tersedak dua kali’
link : ‘Dengar arwah tersedak dua kali’

Baca juga


‘Dengar arwah tersedak dua kali’

 “Saya hanya sempat dengar arwah tersedak dua kali sebelum dia meninggal dunia. Rakannya pula tak sedarkan diri,” kata Muhammad Nabil Mazlan, 30.

Muhammad Nabil adalah orang pertama tiba di lokasi kemalangan jalan raya di Jalan Bukit Putus – Kuala Pilah yang mengorbankan penunggang motosikal jenis Kawasaki Ninja RR, Muhammad Irfan Ramadan Saadon, 19, manakala pembonceng, Aiman Faris Zulkafli, 19, kini dalam keadaan kritikal di tempatkan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Menurut Muhammad Nabil, ketika itu dia bersama ahli keluarga menaiki Honda City dari arah Seremban ke Kuala Pilah.

“Setibanya di lokasi kira-kira jam 9 malam, saya nampak dua remaja terbaring atas jalan raya menghala ke Kuala Pilah.

“Saya berhentikan kenderaan untuk bantu mereka. Melihat keadaan arwah ketika tu mengiring dan masih sedarkan diri. Arwah tersedak dua kali serta memuntahkan darah dari mulut, darah juga mengalir dari hidung manakala rakannya tak sedarkan diri.

“Kakak saya dah hubungi ambulans untuk bawa mangsa ke hospital. Kakitangan hospital tiba dan mengesahkan arwah dah meninggal dunia,” katanya ditemui di rumah Allahyarham Irfan Ramadan di Kampung Pandan, Pelangai, di sini, semalam.

Di lokasi kejadian itu, kata Muhammad Nabil, hanya terdapat sebuah motosikal dan sebuah kereta Perodua Alza yang dipandu seorang wanita.

“Kata pemandu treler yang berada di belakang arwah, motosikal ditunggangi arwah terbabas lalu kedua-dua mangsa tercampak ke seberang jalan di lorong kiri.

“Kedua-dua mereka terbaring atas jalan raya, kemudian datang sebuah kereta Perodua Alza dari arah Seremban ke Kuala Pilah menuju ke Palong tidak sempat mengelak lalu menggilis mangsa,” katanya.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi pekarangan rumah arwah dan kedua ibu bapanya, Jamzuriani Mustafa dan Saadon Othman, kedua-dua berusia 50-an, tidak dapat menahan sebak ketika rakan sekerja mereka dari Pejabat Daerah Kuala Pilah dan Tampin datang mengucapkan takziah.

Allahyarham adalah anak lelaki bongsu tunggal dari empat beradik sedang mengikuti pengajian di Kolej Vokasional Ampangan dalam jurusan seni bina.

November ini Allahyarham, dikatakan akan menamatkan pengajiannya, begitu juga dengan rakannya, Aiman Faris.

Jenazah Muhammad Irfan Ramadan disolatkan di Masjid Kariah Pelangai sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pelangai selepas solat Zuhur, semalam.

The post ‘Dengar arwah tersedak dua kali’ appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel ‘Dengar arwah tersedak dua kali’

Sekianlah artikel ‘Dengar arwah tersedak dua kali’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Dengar arwah tersedak dua kali’ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/dengar-arwah-tersedak-dua-kali.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :