Nathan Sykes seronok bergelar penyanyi solo

Nathan Sykes seronok bergelar penyanyi solo - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nathan Sykes seronok bergelar penyanyi solo, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nathan Sykes seronok bergelar penyanyi solo
link : Nathan Sykes seronok bergelar penyanyi solo

Baca juga


Nathan Sykes seronok bergelar penyanyi solo

PENYANYI, Nathan Sykes, 23 tahun mengakui dia kini seronok bergelar artis solo selepas kumpulannya, The Wanted mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada industri muzik.

Beliau yang sebelum ini merupakan penyanyi utama dan juga penulis lirik bagi kumpulan tersebut berkata walaupun beliau seronok berada di dalam sebuah kumpulan, namun bergelar artis solo merupakan impiannya sejak dulu lagi.

“Pengalaman menjadi sebahagian daripada kumpulan The Wanted sangat bermakna bagi saya kerana banyak benda saya perlu belajar daripadanya dan daripada itu membuatkan saya lebih bersedia menjadi seorang artis solo.

“Namun begitu, bergelar artis solo bermakna saya mempunyai lebih kebebasan untuk saya lebih meneroka jenis muzik yang saya minati dan tidak dinafikan, memang seronok sekali apa yang saya lakukan kini,” katanya ketika sidang media Nathan Sykes Unfinished Bussines, semalam.

Nathan kini berada di Malaysia kerana terlibat dengan dua ‘showcase’bersama penganjur, Universal Music Malaysia awal minggu ini.

Katanya lagi, dia juga sebelum ini tidak pernah terfikir untuk menyertai sebuah kumpulan namun mengambil jalan tersebut setelah mendengar kata hatinya.

“Menjadi salah seorang ahli The Wanted bukanlah rancangan saya pada mulanya dan saya tidak pernah terfikir pun untuk terlibat di dalam kumpulan.

“Namun begitu, ketika saya masih lagi mencari hala tuju saya yang sebenar, naluri saya mengatakan bahawa menyertai The Wanted  adalah perkara yang tepat dan saya sendiri terkejut dengan keputusan itu,”katanya lagi.

Sementara itu, beliau yang dikenali menerusi lagu ‘Over and Over Again’dan ‘Famous’ mengatakan albumnya, ‘Unfinished Business’ membawa maksud yang istimewa dalam dirinya.

“Saya mendapat ilham membuat album ini ketika The Wanted berehat daripada industri muzik dan ketika itu saya terfikir ‘apa yang saya ingin lakukan sekarang’.

“Mujurlah ketika itu ibu saya ada bersama dan beliau yang memberikan sokongan kepada saya untuk meneruskan bidang nyanyian ini, saat itu saya sudah tahu tajuk album apa yang sesuai.

“Segala yang saya lakukan sekarang ini adalah urusan yang belum selesai bagi diri saya,”tambahnya lagi.

The post Nathan Sykes seronok bergelar penyanyi solo appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Nathan Sykes seronok bergelar penyanyi solo

Sekianlah artikel Nathan Sykes seronok bergelar penyanyi solo kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nathan Sykes seronok bergelar penyanyi solo dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/nathan-sykes-seronok-bergelar-penyanyi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :