link : Dulu bekerja sebagai tukang cuci pinggan, kini jadi pemilik restoran popular di Italy
Dulu bekerja sebagai tukang cuci pinggan, kini jadi pemilik restoran popular di Italy
Pada tahun 1999, Marvin Aguda pergi ke Italy bersama keluarganya untuk cari kerja disana. Sebagai perantau, beliau menjadi seorang pelayan, pengasuh dan janitor untuk sebuah syarikat.
Tiga tahun kemudian, dia mula bekerja di sebuah restoran pizza sebagai pelayan. Siapa sangka seorang pekerja bawahan seperti dia akan menjadi pemilik restoran.
Menurut ABS-CBN Europe News, Aguda yang bekerja sebagai janitor dan pencuci pinggan pada waktu itu tidak hanya membuat tugas itu sahaja, malah dia belajar cara untuk membuat pizza. Beliau menunjukkan kerajinannya dalam melakukan pelbagai tugas dan belajar dari pengalamannya. Tidak lama selepas itu dia menjadi pakar dalam membuat pizza dan melayan pelanggan. Pelanggan tetap di kedai itu menggelarnya "Chef Aguda" kerana pizza yang dibuat menepati cita rasa disana.
Apabila salah seorang pemilik restoran pizza itu meninggal dunia. Pemilik yang tinggal memutuskan untuk menjual restoran itu kepada seorang yang dipercayai. Melihat ini sebagai peluang yang terbaik, Aguda segera melangkah masuk dan buat tawaran untuk membelinya.
Mereka tahu Aguda adalah seorang pekerja yang rajin dan telah bekerja keras untuk mempelajari pelbagai perkara di restoran itu. Dengan rasa berbesar hati, pemilik asalnya itu membantu Aguda untuk memperoleh pinjaman bank dan menyerahkan restoran itu kepadanya. Dua tahun kemudian, beliau dapat membayar pinjaman itu sepenuhnya.
Yang menariknya, dia tidak hanya beri tumpuan kepada resipi yang ditawarkan oleh restoran. Apabila dia sudah jadi pemilik, dia mula memperbagaikan perasa pizza dan dapat menarik lebih ramai pelanggan ke restorannya. Ramai orang Italy yang menyukai ciptaan yang terbaru termasuklah Sisig Lechon Pizza.
Harini, Aguda dan keluarganya buat lebih dari 200 pizza sehari untuk pelanggan Pizzeria il Postino
Sumber: ABS-CBN News
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Dulu bekerja sebagai tukang cuci pinggan, kini jadi pemilik restoran popular di Italy
Anda sekarang membaca artikel Dulu bekerja sebagai tukang cuci pinggan, kini jadi pemilik restoran popular di Italy dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/dulu-bekerja-sebagai-tukang-cuci.html