link : Video satu keluarga terbabas masuk parit
Video satu keluarga terbabas masuk parit
SEBUAH keluarga berdepan detik-detik mencemaskan apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan terjatuh ke dalam parit.
Video satu keluarga terbabas masuk parit
Tidak dapat dipastikan lokasi kejadian namun ia dipercayai berlaku di sebuah kawasan perkampungan di utara Perak.
Menerusi rakaman berdurasi 25 saat, mangsa pada mulanya dilihat memandu sambil berborak dengan isterinya namun kendereaan dihadapan secara tiba-tiba memperlahankan kenderaan.
Membuatkan pemandu berkenaan hilang kawalan dan terus membelok ke sebelah kiri jalan bagi mengelak dari melanggar kenderaan di hadapannya.
Bagaimanapun sebuah kereta jenis Proton Saga secara tiba-tiba dilihat membelok ke arah kiri untuk memasuki simpang, sekali lagi membuatkan pemandu itu terpaksa mengelak dan akibatnya terbabas ke dalam parit.
Kedengaran juga suara bayi menangis ekoran impak kuat yang diterimanya ketika kemalangan.
Netizen di ruangan komen rata-ratanya mengecam tindakan pemandu Proton Saga itu yang dilihat lambat memberi signal ke kiri, seterusnya menjadi punca utama kemalangan itu berlaku.
Namun segelintir netizen juga mengandaikan pemandu terbabit tidak memberi fokus pada pemanduan gara-gara menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
Apa pun,semoga video ini menjadi ikhtibar buat kita semua. Berhati-hatilah ketika memandu terutamanya apabila pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya yang bakal tiba. Pandu cermat, jiwa selamat!
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Demikianlah Artikel Video satu keluarga terbabas masuk parit
Anda sekarang membaca artikel Video satu keluarga terbabas masuk parit dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/video-satu-keluarga-terbabas-masuk-parit.html