link : FGV Lanjut Tempoh Zakaria Jawab Surat Tunjuk Sebab
FGV Lanjut Tempoh Zakaria Jawab Surat Tunjuk Sebab
KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) membenarkan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zakaria Arshad, yang digantung daripada tugas, lanjutan masa buat kali kedua untuk menjawab bagi surat tunjuk sebab sehingga Khamis, 29 June, 2017.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV berkata surat tunjuk sebab itu mengenai salah laku prosedur yang didakwa dalam anak syarikat kumpulan perladangan yang sepatutnya dikemukakan pada tengah hari hari ini.
Zakaria mengemukakan surat kepada Pemangku Pengerusi FGV pada tengah hari hari ini yang memohon lanjutan masa kali kedua bagi menjawab surat tunjuk sebab berkenaan dan sepucuk surat lagi kepada setiausaha syarikat bagi memohon satu senarai dokumen diberikan kepada beliau, kata FGV.
Menurut syarikat, Zakaria dan Ketua Pegawai Kewangan kumpulan akan terus bercuti sehingga dimaklumkan oleh lembaga pengarah kelak.
– BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel FGV Lanjut Tempoh Zakaria Jawab Surat Tunjuk Sebab
Anda sekarang membaca artikel FGV Lanjut Tempoh Zakaria Jawab Surat Tunjuk Sebab dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/fgv-lanjut-tempoh-zakaria-jawab-surat.html