link : Gadis James Bond Pertama yang Berani Tampil Bogel Meninggal Dunia
Gadis James Bond Pertama yang Berani Tampil Bogel Meninggal Dunia
Aktres Molly Peters yang pernah menjadi simbol seks di zaman kegemilangannya telah meninggal dunia di usia 75 tahun. Berita sedih itu diumumkan menerusi akaun Twitter rasmi James Bond baru-baru ini.
Bagaimanapun laporan media antarabangsa menyebut, punca kematiannya pun belum diketahui sehingga kini.
“Kami turut berduka mendengar khabar Molly Peters telah tiada di usia 75 tahun.
“Kami mendoakan yang terbaik untuk pihak keluarga,” demikian kenyataan yang dikeluarkan menerusi akaun laman sosial tersebut.
Laporan Dailymail, Molly Peters dikenali menerusi wataknya sebagai Patricia Fearing bergandingan dengan Sean Connery di film James Bond 007 bertajuk Thunderball pada 1965.
Aktres British ini adalah ‘Bond Girl; pertama yang berani tampil tanpa busana dalam salah satu adegan filem James Bond tersebut.
Babak tersebut mencetus kontroversi dan “Thunderball” nyaris dikategorikan sebagai rating X kerana menyelitkan babak telanjang. Beberapa adegan akhirnya terpaksa dipotong atas permintaan dari Bristish Board of Film Classification (BBFC) kerana dianggap tidak layak ditayang.
Kematian Molly ini hanya selang sebulan selepas pemergian aktor Roger Moore. Aktor yang memengang watak James Bond paling lama itu menghembuskan nafas terakhirnya setelah berjuang melawan kanser
The post Gadis James Bond Pertama yang Berani Tampil Bogel Meninggal Dunia appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Gadis James Bond Pertama yang Berani Tampil Bogel Meninggal Dunia
Anda sekarang membaca artikel Gadis James Bond Pertama yang Berani Tampil Bogel Meninggal Dunia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/gadis-james-bond-pertama-yang-berani.html