link : Gembira dengan pencapaian
Gembira dengan pencapaian
Barangkali peminat melihat perjalanan karier seni Risteena Munim agak perlahan. Bahkan ada juga yang membandingkan dia dengan populariti adiknya, Ruhainies yang lebih menyerlah.
Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 28, tidak pernah melatah dengan situasi yang dilalui.
Tanpa perlu mencemburui adik sendiri serta sesiapa pun, pelakon yang mencipta nama menerusi drama bersiri Menjinak Ombak ini tetap kental meneruskan kembara seninya.
“Ramai beranggapan saya menyepi, tetapi hakikatnya tidak. Mungkin wajah saya kurang muncul di stesen TV tumpuan peminat iaitu TV3 menyebabkan ada yang fikir begitu.
“Sebenarnya prinsip saya mudah, mana-mana tawaran yang datang dulu saya akan terima. Jadi tak mustahil ada peminat yang tak perasan jika drama lakonan saya disiarkan di stesen TV bukan kegemarannya,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Gembira dengan pencapaian
Anda sekarang membaca artikel Gembira dengan pencapaian dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/gembira-dengan-pencapaian.html