Pondok Pak Teh terbakar: KADIR hulur bantuan

Pondok Pak Teh terbakar: KADIR hulur bantuan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pondok Pak Teh terbakar: KADIR hulur bantuan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pondok Pak Teh terbakar: KADIR hulur bantuan
link : Pondok Pak Teh terbakar: KADIR hulur bantuan

Baca juga


Pondok Pak Teh terbakar: KADIR hulur bantuan

IPOH: Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR) akan cuba membantu Pondok Al-Latifiah yang lebih dikenali dengan Pondok Pak Teh di Pengkalan Hulu yang terbakar lewat malam Ahad.

Pengerusi KADIR, Datuk Azhar Ahmad berkata, beliau akan berbincang dengan Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk melihat apa yang boleh dibantu, selain daripada bantuan yang mungkin dihulur kerajaan negeri.

“Kita sangat simpati dengan ujian Allah pada Syawal ini yang berlaku di Pondok Pak Teh,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Dalam kejadian pada Ahad kira-kira jam 11.20 malam, sebanyak 18 unit penginapan pusat pengajian agama yang dikenali sebagai Pondok Pak Teh di Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu, hangus dijilat api.

BACA: Pusat pengajian agama Pondok Pak Teh musnah terbakar

Pondok Pak Teh yang dibina sejak tahun 1967 mempunyai 182 pondok pengajian yang dibuat daripada papan.

Sementara itu, menurut maklumat daripada kumpulan Whatsapp Sahabat KADIR, terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menyebarkan maklumat yang tidak betul.

Maklumat palsu itu menyatakan sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank 563019256220 atas nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN dan memohon maklumkan jumlah sumbangan melalui SMS atau WhatsApp kepada nombor 0195452471.

Kumpulan itu menjelaskan kepada orang ramai bahawa maklumat yang tepat ialah, sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank 158079284482 atas nama Jawatankuasa Pondok Al Latifiah.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat yang sahih dari Khusyairi Abd Latif yang boleh dihubungi di talian 013-5151334.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pondok Pak Teh terbakar: KADIR hulur bantuan

Sekianlah artikel Pondok Pak Teh terbakar: KADIR hulur bantuan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pondok Pak Teh terbakar: KADIR hulur bantuan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/pondok-pak-teh-terbakar-kadir-hulur.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :