Gerakan persoal Guan Eng pegang hingga 12 jawatan GLC P.Pinang....Patut Pun Dipanggil Giler Kuasa

Gerakan persoal Guan Eng pegang hingga 12 jawatan GLC P.Pinang....Patut Pun Dipanggil Giler Kuasa - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gerakan persoal Guan Eng pegang hingga 12 jawatan GLC P.Pinang....Patut Pun Dipanggil Giler Kuasa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gerakan persoal Guan Eng pegang hingga 12 jawatan GLC P.Pinang....Patut Pun Dipanggil Giler Kuasa
link : Gerakan persoal Guan Eng pegang hingga 12 jawatan GLC P.Pinang....Patut Pun Dipanggil Giler Kuasa

Baca juga


Gerakan persoal Guan Eng pegang hingga 12 jawatan GLC P.Pinang....Patut Pun Dipanggil Giler Kuasa

Parti Gerakan Pulau Pinang mempersoalkan tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang didakwa menyandang sehingga 14 jawatan utama di negeri ini.

Ketua Biro Publisitinya, Ooi Zhi Yi berkata, selain bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli Parlimen, Guan Eng juga menjadi pengerusi dalam sekurang-kurangnya 12 organisasi lain.

Beliau mempersoalkan bagai­mana Ketua Menteri berkenaan mahu menguruskan bebanan dan tanggungjawab setiap jawatan tersebut dan dalam masa sama memastikan kebajikan rakyat tidak terabai.

Terbaharu katanya, Guan Eng juga menjadi Pengerusi Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang selepas rang undang-undang itu diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan lalu.

“Mengapa jawatan pengerusi perbadanan itu tidak disandang Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Chong Eng?

“Mungkin ini kerana Perbadanan Stadium Malaysia yang diluluskan pada 2010 melantik Menteri Belia dan Sukan pada waktu itu, Datuk Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar pada Selasa.

Menurut Zhi Yi, kepemimpinan Kerajaan DAP Pulau Pinang seolah-olah tidak mampu me­ngenal pasti kebolehan barisan pemimpin mereka dalam me­nguruskan pentadbiran negeri dan hanya memberikan jawatan penting kepada individu tertentu.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan sama ada barisan wakil rakyat kerajaan negeri ketika ini adalah mereka yang tidak berkaliber sehingga tidak mampu diberikan sebarang tanggungjawab.

Selain itu, Guan Eng juga Pengerusi di  Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, Perbadanan Bukit Bendera, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, PBA Holdings Bhd, Penang Global Tourism, BPO Premier Sdn Bhd, Premier Horizon Ventures Sdn Bhd, Biro Konvensyen dan Pameran Pulau Pinang, George Town World Heritage Incorporated, Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang dan Lembaga InvestIn Pulau Pinang.


Demikianlah Artikel Gerakan persoal Guan Eng pegang hingga 12 jawatan GLC P.Pinang....Patut Pun Dipanggil Giler Kuasa

Sekianlah artikel Gerakan persoal Guan Eng pegang hingga 12 jawatan GLC P.Pinang....Patut Pun Dipanggil Giler Kuasa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gerakan persoal Guan Eng pegang hingga 12 jawatan GLC P.Pinang....Patut Pun Dipanggil Giler Kuasa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/gerakan-persoal-guan-eng-pegang-hingga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :