Golongan Dibantu Dalam Program Jelajah UMNO Bantu Rakyat

Golongan Dibantu Dalam Program Jelajah UMNO Bantu Rakyat - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Golongan Dibantu Dalam Program Jelajah UMNO Bantu Rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Golongan Dibantu Dalam Program Jelajah UMNO Bantu Rakyat
link : Golongan Dibantu Dalam Program Jelajah UMNO Bantu Rakyat

Baca juga


Golongan Dibantu Dalam Program Jelajah UMNO Bantu Rakyat

KUALA TERENGGANU – Program UMNO Bantu Rakyat anjuran Biro Kebajikan UMNO (BiKUM) yang dilancarkan pada 19 Mei lalu telah berjaya membantu kira-kira 250,000 golongan sasaryang memerlukan di negara ini.

Pengerusi BiKUM Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata pihaknya akan melakukan ‘post mortem’ sepanjang tempoh siri jelajah itu dilaksanakan bagi mengenal pasti sejauh mana keberkesanan program itu serta menyusun langkah susulan.

Menerusi program itu, katanya, rakyat yang terpilih seperti anak yatim, keluarga miskin, ibu tunggal serta pesakit kronik telah menerima bantuan dan sumbangan berupa wang tunai, barangan keperluan asas serta pembukaan akaun Tabung Haji dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

“Bagi fasa satu program ini, negeri Terengganu merupakan destinasi terakhir selepas kami menjelajah ke 21 buah lokasi di seluruh negara.

“Menerusi inisiatif ini secara tidak langsung kita menjadi mata dan telinga kerajaan dalam mendapatkan maklumat serta pandangan mengenai isu-isu kebajikan, malah dapatan yang diperolehi akan disalurkan dalam meningkatan keupayaan perkhidmatan kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program UMNO Bantu Rakyat dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di Seri Iman, di sini semalam.

Terdahulu, beliau turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada 200 keluarga miskin di negeri ini manakala 100 murid tahun satu pula berpeluang membuka akaun SSPN-i.

Shamsul Anuar yang juga pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkata secara keseluruhan BiKUM menyumbangkan dana sebanyak RM515,000 kepada golongan sasar di negeri ini termasuk untuk membantu mereka memerlukan menerusi sumbangan yang disalurkan kepada UMNO Bahagian masing-masing. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Golongan Dibantu Dalam Program Jelajah UMNO Bantu Rakyat

Sekianlah artikel Golongan Dibantu Dalam Program Jelajah UMNO Bantu Rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Golongan Dibantu Dalam Program Jelajah UMNO Bantu Rakyat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/golongan-dibantu-dalam-program-jelajah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :