Hubungan Negara Tidak Terjejas

Hubungan Negara Tidak Terjejas - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hubungan Negara Tidak Terjejas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hubungan Negara Tidak Terjejas
link : Hubungan Negara Tidak Terjejas

Baca juga


Hubungan Negara Tidak Terjejas

Hubungan negara tidak terjejas

LABIS – Hubungan Malaysia dengan Arab Saudi, Bahrain, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) tidak akan terjejas, sekalipun Malaysia tidak mengambil pendirian sama dengan empat negara Teluk Arab itu yang memutuskan hubungan dengan Qatar.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Chua Tee Yong berkata, isu yang berlaku di Qatar juga diyakini tidak akan menjejaskan hubungan dagang antara Malaysia dan negara tersebut.

“Ini kerana Qatar bukan merupakan rakan dagang atau rakan kongsi pelaburan utama terhadap negara ini. Jumlah pelaburan serta hubungan dagang dua hala di antara Malaysia dan Qatar juga terlalu kecil.

“Walaupun kerajaan sedang mempergiatkan hubungan dagang di negara Teluk Arab dan Timur Tengah, namun apabila ada negara yang menyokong atau terlibat kegiatan terrorisme, kita akan menilai semula hubungan dagang tersebut,” katanya selepas merasmikan Program Bubur Lambuk Perdana Mukim Chaah di Balai Raya Kampung Jawa di sini, kelmarin.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan isu berkenaan masih belum jelas selain kerajaan mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

Dalam perkembangan lain, Tee Yong yang juga Naib Presiden MCA menempelak bintang filem Hong Kong, Grace Lam berhubung video palsu yang menggambarkan dirinya dirompak di Bentong, Pahang, baru-baru ini.

Menurutnya, walaupun selebriti tersebut memohon maaf, tindakannya itu mencemarkan imej dan reputasi Bentong serta Malaysia.

“Kami kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawabnya yang mencetuskan berita palsu melibatkan jenayah, sehingga menyebabkan pihak berkuasa bertungkus-lumus menyiasat kes ini,” katanya. - SH
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Hubungan Negara Tidak Terjejas

Sekianlah artikel Hubungan Negara Tidak Terjejas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hubungan Negara Tidak Terjejas dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/hubungan-negara-tidak-terjejas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :