Ideologi Sekular Pisahkan Negara Daripada Agama

Ideologi Sekular Pisahkan Negara Daripada Agama - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ideologi Sekular Pisahkan Negara Daripada Agama, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ideologi Sekular Pisahkan Negara Daripada Agama
link : Ideologi Sekular Pisahkan Negara Daripada Agama

Baca juga


Ideologi Sekular Pisahkan Negara Daripada Agama

KUALA LUMPUR – Sekular adalah dasar dan ideologi politik yang paling bahaya buat umat Islam

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sekular bertujuan menjauhkan Islam daripada hal ehwal kehidupan serta memisahkan negara dengan agama.

Menurut beliau, sekular menetapkan maslahah dunia perlu lebih diutamakan berbanding maslahah agama.

“Oleh itu berlaku pemisahan antara kiblat untuk solat dan kiblat politik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas tentang krisis diplomatik antara negara-negara Arab dan Qatar.

Mengulas perkata itu, Abdul Hadi berkata, seluruh dunia Arab perlu kembali kepada Islam dan keluar daripada sistem sekular.

Pemimpin Pakatan Harapan sebelum ini menegaskan Malaysia adalah negara sekular dan sebarang usaha menjadikan Malaysia negara Islam merupakan satu sekatan kepada hak kebebasan beragama di negara ini.

Pemimpin Pakatan Harapan turut menegaskan negara sekular yang meraikan demokrasi membenarkan semua rakyat termasuk orang Islam kebebasan tanpa paksaan.

“Di bawah sistem pentadbiran sebegini, hak-hak asasi dihormati sama rata, sifar diskriminasi tanpa mengira kaum dan agama,” kata pemimpin pembangkang terbabit.

Pakatan Harapan dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

Bekas Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pernah memberi contoh tentangan golongan sekular ke atas cadangan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Kata beliau, golongan itu bimbang jika konsep sekular, liberal, sosialis dan hidup bebas tanpa ikatan agama yang bertentangan dengan ajaran Islam yang diperjuangkan mereka di Malaysia selama ini akan terjejas.

“Mereka takut bukan kerana isi pindaan akta ini. Ia kecil dan tak pun menyentuh mereka walau sedikit. Hidup mereka akan kekal aman seperti biasa.

“Tetapi, yang mereka takutkan ialah ‘produk’ mereka tidak lagi akan laku dan laris. Sekular, liberal, sosialis dan hidup bebas tanpa ikatan agama semuanya akan menuju kubur dan dikambus,” katanya.

Pembentangan mengenai pindaan Akta 355 di Dewan Rakyat mendapat tentangan hebat oleh pemimpin Pakatan Harapan khususnya Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. -MYNEWSHUB.COM

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Ideologi Sekular Pisahkan Negara Daripada Agama

Sekianlah artikel Ideologi Sekular Pisahkan Negara Daripada Agama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ideologi Sekular Pisahkan Negara Daripada Agama dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/ideologi-sekular-pisahkan-negara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :