Ketua Polis Perlis Baharu Tekad Kurangkan Jenayah

Ketua Polis Perlis Baharu Tekad Kurangkan Jenayah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketua Polis Perlis Baharu Tekad Kurangkan Jenayah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketua Polis Perlis Baharu Tekad Kurangkan Jenayah
link : Ketua Polis Perlis Baharu Tekad Kurangkan Jenayah

Baca juga


Ketua Polis Perlis Baharu Tekad Kurangkan Jenayah

KANGAR – Ketua Polis Perlis yang baharu, Datuk Azisman Alias berazam menurunkan kes jenayah di negeri berkenaan termasuk membanteras aktiviti penyeludupan di kawasan sempadan membabitkan barangan kawalan dan manusia.

Katanya, bagi mencapai matlamat tersebut, beliau memerlukan semangat kerja berpasukan dengan semua anggota polis di negeri ini, selain kerjasama dengan agensi penguatkuasa lain.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan dan penerimaan tugas Ketua Polis Perlis baharu di Mes Pegawai Kanan Polis, Jalan Raja Muda di sini hari ini, dengan disaksikan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah.

Azisman, 55, menggantikan Datuk Ab Rashid Ab Wahab yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Selangor mulai 3 Jun lepas.

Azisman berkata beliau akan memberi sepenuh kerjasama kepada kerajaan negeri terutama dalam mewujudkan suasana aman dan selamat di seluruh negeri ini.

Azisman, yang sebelum ini Timbalan Pengarah Pengurusan Pentadbiran PDRM Bukit Aman, telah berkhidmat dalam pasukan keselamatan itu lebih 30 tahun lepas.

Sementara itu, Ab Rashid berharap semua anggota polis di negeri berkenaan dapat memberi sepenuh kerjasama kepada penggantinya, terutamanya dengan kedudukan Perlis berhampiran sempadan negara jiran.

“Malah, dengan mempunyai kira-kira 1,200 anggota, sudah tentu ia tugas berat kepada anggota polis untuk menjaga keselamatan dan harta benda hampir 250,000 penduduk Perlis,” katanya. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Ketua Polis Perlis Baharu Tekad Kurangkan Jenayah

Sekianlah artikel Ketua Polis Perlis Baharu Tekad Kurangkan Jenayah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ketua Polis Perlis Baharu Tekad Kurangkan Jenayah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/ketua-polis-perlis-baharu-tekad.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :