link : Jordan Pula Nyatakan Pendirian Tentang Hamas Dan Ikhwanul Muslimin
Jordan Pula Nyatakan Pendirian Tentang Hamas Dan Ikhwanul Muslimin
Atef Tarawneh, Speaker Dewan Perwakilan Jordan, mengatakan bahawa negaranya tidak menganggap Hamas yang merupakan gerakan Palestin dan kumpulan Ikhwanul Muslimin itu sebagai organisasi "pengganas", bertentangan dengan pendirian yang dinyatakan oleh negara Arab Teluk yang diketuai oleh Riyadh dalam krisis mereka dengan Doha.
Tarawneh menambah bahawa Amman tidak melihat negaranya sebagai menyebelahi mana-mana pihak dalam konflik, dengan menyatakan bahawa langkah yang diambil oleh negaranya yang mengurangkan perwakilan diplomatik dengan Qatar hanya langkah minima.
Pada 5 Jun, Arab Saudi bersama-sama dengan Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Mesir, mengeluarkan kenyataan bersama yang menuduh Qatar menyokong keganasan dan mengumumkan bahawa mereka memutuskan hubungan diplomatik dengan Doha dan menyekat laluan darat, laut dan udara ke negara kecil itu.
Walaupun Jordan meminta duta besar Qatar di Amman untuk meninggalkan negara itu, kerajaan Jordan membayangkan beberapa kali bahawa ia tidak akan mengambil tindakan yang lebih jauh terhadap Doha.
Jordan juga tidak mengambil tindakan terhadap Hamas atau Ikhwanul Muslimin.
Pada 14 Jun lalu, Middle East Monitor melaporkan bahawa ekonomi Jordan telah menanggung kerugian bernilai $2 juta sejak penutupan sempadan Saudi pada minggu lalu yang memberi kesan kepada eksport Jordan yang menuju ke Qatar kerana krisis diplomatik Teluk.
Menurut Al Jazeera, Arab Saudi telah menghalang kemasukan 85 trak Jordan yang dimuatkan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan, dan lebih dari 10 trak yang dimuatkan dengan ternakan menuju Qatar, berikutan krisis diplomatik.
Demikianlah Artikel Jordan Pula Nyatakan Pendirian Tentang Hamas Dan Ikhwanul Muslimin
Anda sekarang membaca artikel Jordan Pula Nyatakan Pendirian Tentang Hamas Dan Ikhwanul Muslimin dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/jordan-pula-nyatakan-pendirian-tentang.html