Kabinet Sarawak akan bincang isu Cukai Pelancongan Khamis minggu depan

Kabinet Sarawak akan bincang isu Cukai Pelancongan Khamis minggu depan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kabinet Sarawak akan bincang isu Cukai Pelancongan Khamis minggu depan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kabinet Sarawak akan bincang isu Cukai Pelancongan Khamis minggu depan
link : Kabinet Sarawak akan bincang isu Cukai Pelancongan Khamis minggu depan

Baca juga


Kabinet Sarawak akan bincang isu Cukai Pelancongan Khamis minggu depan

KUCHING: Kerajaan negeri akan membincangkan isu Cukai Pelancongan dalam mesyuarat kabinetnya pada 22 Jun ini, kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

"Kita tunggu keputusan kabinet (Sarawak) kerana saya tidak boleh membuat keputusan bersendirian.

"Apa juga keputusan kita akan pastikan ia holistik supaya tidak menimbulkan kesulitan kepada kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri,'' katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Abdul Karim juga yakin isu itu dapat diselesaikan dengan baik.

Ditanya mengenai kegagalan anggota parlimen dari Sarawak membantah akta itu semasa ia dibentangkan dalam bentuk rang undang-undang di Parlimen pada sesi lalu, Abdul Rahim berkata beliau tidak mahu menyalahkan anggota parlimen terbabit.

"Jika kita lihat bagaimana undang-undang ini dibawa ke Parlimen masa itu... kenapa ia dibuat secara tergesa-gesa?

''Kalau tidak silap saya ada lapan rang undang-undang dikumpul bersama dan rang undang-undang cukai pelancongan ini adalah yang terakhir dibahaskan. Kalau tidak silap saya ia dibahas pada jam 4 pagi.

''Bagi saya itu adalah waktu untuk orang berehat dan tidur dan kenapa begitu terdesak untuk dibahaskan (pada masa itu)," katanya.

Abdul Karim sebelum ini dilaporkan meminta kerajaan persekutuan menangguhkan penguatkuasaan cukai tersebut di Sabah dan Sarawak kerana khuatir cukai baharu itu akan membawa impak negatif kepada industri pelancongan.

Kenyataan Abdul Karim itu dibidas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sekali gus mencetuskan polemik.

Cukai itu yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Julai ini mengenakan kadar RM2.50 hingga RM20 semalam untuk penginapan di hotel.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kabinet Sarawak akan bincang isu Cukai Pelancongan Khamis minggu depan

Sekianlah artikel Kabinet Sarawak akan bincang isu Cukai Pelancongan Khamis minggu depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kabinet Sarawak akan bincang isu Cukai Pelancongan Khamis minggu depan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kabinet-sarawak-akan-bincang-isu-cukai.html

Subscribe to receive free email updates: