PAFA sedih pemergian Weigang, lima hari selepas pemergian Raja Ahmad

PAFA sedih pemergian Weigang, lima hari selepas pemergian Raja Ahmad - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAFA sedih pemergian Weigang, lima hari selepas pemergian Raja Ahmad, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAFA sedih pemergian Weigang, lima hari selepas pemergian Raja Ahmad
link : PAFA sedih pemergian Weigang, lima hari selepas pemergian Raja Ahmad

Baca juga


PAFA sedih pemergian Weigang, lima hari selepas pemergian Raja Ahmad

IPOH: Tempoh kurang seminggu ini merupakan waktu bersedih buat bola sepak negara khususnya Perak.

Ini berikutan kematian bekas jurulatih dan pengendali skuad bola sepak Perak, Karl Heinz Weigang hari ini, lima hari selepas pemergian bekas naib presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Weigang, 81, disahkan meninggal dunia di Jerman akibat serangan jantung.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata beliau sangat terkejut dengan berita itu kerana ia berlaku kurang seminggu selepas kematian Raja Ahmad.

"Kedua-dua mereka pernah berganding bahu sebagai pengurus dan jurulatih selain berjaya membawa Perak menjuarai beberapa piala sebelum ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Selain begitu sinonim dengan skuad Perak, Weigang juga pernah melatih pasukan Malaysia sehingga berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Moscow pada 1980 selain pernah membimbing pasukan Johor selama semusim bermula 2005.

Dalam pada itu, Abdul Puhat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan berharap mereka dapat menerima dugaan tersebut.

Sementara itu, pemain Perak, Nazirul Naim Che Hashim berkata pengalaman lebih semusim bermain di bawah kendalian Weigang amat bermakna dan tidak akan dilupakan.

Katanya meskipun Weigang mempunyai perwatakan yang tegas namun banyak pengalaman berharga dapat dikutip daripada jurulatih berbangsa Jerman itu.

"Mendiang mempunyai perwatakan serius dan tegas tetapi pada masa yang sama beliau banyak memberi nasihat kepada kami sebagai pemain," katanya.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel PAFA sedih pemergian Weigang, lima hari selepas pemergian Raja Ahmad

Sekianlah artikel PAFA sedih pemergian Weigang, lima hari selepas pemergian Raja Ahmad kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAFA sedih pemergian Weigang, lima hari selepas pemergian Raja Ahmad dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/pafa-sedih-pemergian-weigang-lima-hari.html

Subscribe to receive free email updates: