link : Kakak Merupakan Hadiah Terbaik Yang Ibubapa Berikan
Kakak Merupakan Hadiah Terbaik Yang Ibubapa Berikan
Memiliki seorang kakak seolah-olah memiliki seorang kawan baik yang lebih berusia. Dia tidak akan pernah cemburu apabila anda berjaya dalam kehidupan, dan dia tidak akan menilai anda apabila anda melalui hari yang teruk.
Dia bukan sahaja menceriakan gambar keluarga, dia turut menjadikan kehidupan anda lebih bermakna dan ceria. Ini sebab mengapa kakak anda adalah hadiah terbaik yang pernah diberikan oleh ibu bapa anda kepada anda:
1. Dia membantu anda membina karakter anda
Detik apabila rakan-rakan anda datang ke rumah dan dia akan memberikan anda ruang untuk membina karakter anda.
2. Dia membantu anda mendapatkan peluang pekerjaan
Mempunyai seorang kakak bermakna mempunyai saluran yang baik untuk dalam hubungan profesional. Kawan-kawannya mungkin menjadi supervisor anda, jadi anda beruntung apabila ingin mendapatkan pekerjaan. Malah, dia sentiasa tahu pembukaan internship yang hebat berbanding orang lain.
3. Dia akan memberikan nasihat fesyen yang jujur
Sebelum anda keluar rumah, dia akan memberikan komen yang jujur tentang fesyen anda. Dan jika dia berada dalam mood yang baik, dia mungkin akan menawarkan pakaiannya untuk anda. Hati-hati, jangan sampai anda merosakkan pakaian tersebut!
4. Anda boleh membuatkannya marah
Ketika mana kebanyakan kawan akan membenci anda kerana perkara ini, kakak anda tiada pilihan melainkan untuk terus menyayangi anda walaupun setelah anda sengaja membuatkannya marah.
5. Dia seorang yang bertanggungjawab
Anda boleh mengharapkan dirinya untuk mengingatkan anda untuk membeli hadiah hari lahir ibu anda.
6. Dia membuatkan anda terkenal di sekolah
Ramai guru yang telah mengenali dirinya dan prestasi dirinya yang bagus. Maka, keadaan tersebut membuatkan anda turut disayangi.
7. Dia adalah guru kehidupan anda
Kakak anda akan memberikan nasihat terbaik untuk diri anda, kerana sebagai seorang yang mempunyai pertalian darah dengan anda, dia sebenarnya sangat mengambil berat dengan perkara yang terjadi kepada anda.
8. Dia rakan sepermainan anda di rumah
Seringkali ketika anda masih kecil, dialah rakan sepermainan anda. Kini setelah kalian dewasa, kakak anda menjadi rakan ketika menikmati makan malam.
Sumber
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Kakak Merupakan Hadiah Terbaik Yang Ibubapa Berikan
Anda sekarang membaca artikel Kakak Merupakan Hadiah Terbaik Yang Ibubapa Berikan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kakak-merupakan-hadiah-terbaik-yang.html