SedihKanakKanak Berusia 10 Tahun Di Dera Oleh Ibu Bapa Dan Di Temui Dalam Keadaan Diikat Dengan Tali Pinggang Dengan Kesan Lebam Di Seluruh Badan Dan Diletakkan Di Dalam Tong Sampah Yang Berisi Air Sejuk

SedihKanakKanak Berusia 10 Tahun Di Dera Oleh Ibu Bapa Dan Di Temui Dalam Keadaan Diikat Dengan Tali Pinggang Dengan Kesan Lebam Di Seluruh Badan Dan Diletakkan Di Dalam Tong Sampah Yang Berisi Air Sejuk - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SedihKanakKanak Berusia 10 Tahun Di Dera Oleh Ibu Bapa Dan Di Temui Dalam Keadaan Diikat Dengan Tali Pinggang Dengan Kesan Lebam Di Seluruh Badan Dan Diletakkan Di Dalam Tong Sampah Yang Berisi Air Sejuk, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SedihKanakKanak Berusia 10 Tahun Di Dera Oleh Ibu Bapa Dan Di Temui Dalam Keadaan Diikat Dengan Tali Pinggang Dengan Kesan Lebam Di Seluruh Badan Dan Diletakkan Di Dalam Tong Sampah Yang Berisi Air Sejuk
link : SedihKanakKanak Berusia 10 Tahun Di Dera Oleh Ibu Bapa Dan Di Temui Dalam Keadaan Diikat Dengan Tali Pinggang Dengan Kesan Lebam Di Seluruh Badan Dan Diletakkan Di Dalam Tong Sampah Yang Berisi Air Sejuk

Baca juga


SedihKanakKanak Berusia 10 Tahun Di Dera Oleh Ibu Bapa Dan Di Temui Dalam Keadaan Diikat Dengan Tali Pinggang Dengan Kesan Lebam Di Seluruh Badan Dan Diletakkan Di Dalam Tong Sampah Yang Berisi Air Sejuk

jody-m-675x400.jpg

Kejadian yang menakjubkan ini berlaku di Oklahoma apabila seorang pegawai polis yang baik hati telah melakukan satu tindakan yang boleh dikatakan mulia.

Pegawai polis bernama Jody Thompson ini telah memutuskan untuk mengambil seorang budak lelaki berusia 10 tahun dan adik perempuannya yang masih bayi sebagai anak angkat setelah menyelamatkan mereka daripada terus menjadi mangsa penderaan ibu bapa.

jody.jpg

Kejadian ini berlaku pada dua tahun lalu apabila Jody menerima tugasan yang memintanya untuk menyiasat satu kes penderaan fizikal kanak-kanak.

Apabila Jody tiba di rumah mangsa, Jody kelihatan amat terkejut melihat seorang kanak-kanak lelaki yang diikat dengan tali pinggang dengan kesan lebam memenuhi belakang badannya dan terdapat benjolan yang besar di kepala kanak-kanak lelaki tersebut.

Lebih mengejutkan lagi, Jody menemuinya di dalam tong sampah yang berisi air sejuk!

Menurut kata Jody, Saya menemuinya dalam keadaan tiada satu kawasan pun di badannya yang tiada kesan lebam atau luka. Ia adalah kes yang paling teruk pernah saya hadapi. Pada ketika itu, dia hanya seberat 28kg.

Jabatan Polis Poteau, Oklahoma. Tempat di mana Jody bekerja

jody2.jpg

Setelah menemui mangsa dalam keadaan yang kesejukan, Jody bertindak membaluti tubuh kanak-kanak tersebut dengan selimut sebelum membawanya mendapatkan rawatan kecemasan dan ke Pusat Sokongan Kanak-Kanak Oklahoma bagi membolehkan para detektif mengambil gambar sebagai bukti.

jody3.jpg

Jody telah menemani kanak-kanak malang yang bernama John sepanjang malam sewaktu dia dimasukkan ke unit rawatan rapi. Ekoran kejadian tersebut, Jody merasa kasihan terhadap nasib yang menimpa John dan mula merasakan perasaan yang kuat terhadapnya.

Apabila saya menemuinya di rumah tersebut dalam keadaan terketar-ketar dengan tangan diikat, saya tahu saya hanya akan berpuas hati dan yakin bahawa John akan selamat jika dia berada bersama saya, kata Jody.

Selepas kejadian terbabit, Jody telah pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Oklahoma dan mendaftarkan dirinya untuk menjadi bapa angkat yang sah kepada John.

Jody tidak pernah menceritakan perkara tersebut kepada isterinya, Jeannie dan dua anak mereka, Ryan dan Charley yang berusia 15 tahun dan 8 tahun pada ketika itu bahawa dia akan membawa pulang John ke rumah mereka.

Anak-anak kandung Jody: Charley (8), Ryan (15) dan Zaven (6 bulan). Isterinya, Jeannie sedang mendukung Paizley dan John.

jody4.jpg

Walaupun keluarganya mendapat kejutan tersebut, mereka menerima kehadiran John di dalam keluarga mereka dengan hati yang terbuka. Lebih mengejutkan lagi, mereka tiba-tiba dikhabarkan dengan berita gembira akan kehadiran bakal cahaya mata ketiga iaitu Zaven.

Tujuh bulan kemudian, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Oklahoma telah menghubungi keluarga tersebut dan bertanyakan keinginan mereka untuk mengambil adik John iaitu Paizley sebagai anak angkat. Pada ketika itu, Paizley dilahirkan di dalam penjara.

Mereka bersetuju dan terus membawa Paizley ke rumah setelah keesokan harinya. Pada Februari 2016, keluarga Jody berjaya mendapatkan hak penjagaan John dan Paizley setelah hak kedua-dua ibu bapa mereka digugurkan pihak mahkamah.

jody5.jpg

Keluarga baru John bertindak menjadi keluarga yang bertanggungjawab bukan sahaja dalam memberikan kasih sayang tetapi juga pendidikan dan sokongan moral. Mereka turut mementingkan tahap pencapaian akademik John di sekolah.

Tambah Jody, John merupakan anak yang pintar. Dia bukan sahaja mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, John juga mendapat penghargaan dan dimasukkan ke dalam program kanak-kanak pintar selain terlibat di dalam kelab drama di sekolah.

Budak ini benar-benar budak yang tabah. Dia berjaya bangkit semula daripada pengalaman hitamnya.

Baru-baru ini, Jody telah mendapat penghargaan dan pujian dari Biro Penyiasatan Oklahoma atas tindakan murninya terhadap kes tersebut.

Mengiringi Jody dalam majlis yang bermakna itu adalah anak angkatnya, John yang kelihatan sangat gembira dan bangga dengan bapanya.

jody1.jpg

Tindakan Jody serta keluarganya adalah satu tindakan yang mulia. Nilai kasih sayang dan perasaan belas kasihan yang ditunjukkannya terhadap John dan adiknya wajar dijadikan contoh kepada kita semua, kata Ketua Polis Poteau, Stephen Fruen.

John kemudian dilihat mula bergiat dalam memberikan ceramah bagi membantu mangsa penderaan lain dari segi mental.

Diharap keluarga besar Jody dan Jeannie akan terus bahagia dan mendapat keberkatan.

Sumber: Daily Mail, Era Baru

Sumber: penmerahpress

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel SedihKanakKanak Berusia 10 Tahun Di Dera Oleh Ibu Bapa Dan Di Temui Dalam Keadaan Diikat Dengan Tali Pinggang Dengan Kesan Lebam Di Seluruh Badan Dan Diletakkan Di Dalam Tong Sampah Yang Berisi Air Sejuk

Sekianlah artikel SedihKanakKanak Berusia 10 Tahun Di Dera Oleh Ibu Bapa Dan Di Temui Dalam Keadaan Diikat Dengan Tali Pinggang Dengan Kesan Lebam Di Seluruh Badan Dan Diletakkan Di Dalam Tong Sampah Yang Berisi Air Sejuk kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SedihKanakKanak Berusia 10 Tahun Di Dera Oleh Ibu Bapa Dan Di Temui Dalam Keadaan Diikat Dengan Tali Pinggang Dengan Kesan Lebam Di Seluruh Badan Dan Diletakkan Di Dalam Tong Sampah Yang Berisi Air Sejuk dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/sedihkanakkanak-berusia-10-tahun-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :