Kanak-kanak ASEAN Kongsi Pandangan Keganasan

Kanak-kanak ASEAN Kongsi Pandangan Keganasan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kanak-kanak ASEAN Kongsi Pandangan Keganasan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kanak-kanak ASEAN Kongsi Pandangan Keganasan
link : Kanak-kanak ASEAN Kongsi Pandangan Keganasan

Baca juga


Kanak-kanak ASEAN Kongsi Pandangan Keganasan

KUALA LUMPUR – Delegasi kanak-kanak ASEAN dan Korea Selatan berkongsi pandangan dan cadangan mereka mengenai keganasan terhadap kanak-kanak pada persidangan meja bulat yang diadakan di Manila dari 6 hingga 8 Jun sebagai sebahagian daripada agenda sambutan ulang tahun peringatan ke-50 ASEAN.

ASEAN dalam satu kenyataan berkata isu penderaan dan pengabaian kanak-kanak, eksploitasi, amalan tradisi berbahaya dan buli menjadi topik utama perbincangan semasa Persidangan Meja Bulat Serantau Mengenai Keganasan Terhadap Kanak-Kanak kali ke-7.

Timbalan Ketua Setiausaha bagi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN, Vongthep Arthakaivalvatee, berkata adalah penting untuk kanak-kanak dilindungi dan mereka digalakkan memberi pendapat serta berdialog antara satu sama lain mengenai isu itu.

“Dalam masa yang sama kita tidak melupakan nasib kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak yang tinggal di kawasan berisiko dan kawasan pedalaman, kanak-kanak tanpa kewarganegaraan, juga kanak-kanak mengalami pelbagai kelemahan yang disebabkan oleh keadaan fizikal, sosial dan politik di tempat mereka,” katanya.

Dengan tema ‘Mengangkat Kanak-kanak di Tengah Agenda Pembangunan Lestari: Memacu Kemajuan dalam Perlindungan Kanak-kanak daripada Keganasan’ persidangan yang dihadiri oleh pertubuhan-pertubuhan serantau antara kerajaan dari seluruh dunia, berkongsi pencapaian dan amalan baik dalam membanteras segala bentuk keganasan terhadap kanak-kanak.

Perbincangan itu diketuai oleh Wakil Khas Keganasan Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Sekretariat ASEAN serta Jabatan Pembangunan dan Kebajikan Masyarakat Filipina.

Penyertaan pertubuhan-pertubuhan serantau di seluruh dunia pada persidangan kali ini mencerminkan komitmen ASEAN untuk bekerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa untuk menggalakkan perubahan positif di rantau ini. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kanak-kanak ASEAN Kongsi Pandangan Keganasan

Sekianlah artikel Kanak-kanak ASEAN Kongsi Pandangan Keganasan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kanak-kanak ASEAN Kongsi Pandangan Keganasan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kanak-kanak-asean-kongsi-pandangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :