link : Semoga rohnya dicucuri rahmat [METROTV]
Semoga rohnya dicucuri rahmat [METROTV]
JENAZAH bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Bendahara, Ipoh, 3 petang, hari ini.
Terdahulu jenazah disembahyangkan di Surau Syed Muhamad Jamalullail selepas solat Jumaat dan dibawa menaiki van jenazah ke tanah perkuburan berkenaan.
Lebih 100 orang termasuk keluarga dan kenalan rapat arwah menghadiri majlis pengebumian itu.
Turut hadir bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Ghazali.
Raja Ahmad meninggal dunia akibat jangkitan kuman di Hospital KPJ Ipoh, 8.30 pagi, hari ini.
Berita berkaitan:
• Raja Ahmad Zainuddin meninggal
• Meninggal dunia di sisi isteri, anak
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Semoga rohnya dicucuri rahmat [METROTV]
Anda sekarang membaca artikel Semoga rohnya dicucuri rahmat [METROTV] dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/semoga-rohnya-dicucuri-rahmat-metrotv.html