Kanak-Kanak Perempuan Lemas Di Tali Air

Kanak-Kanak Perempuan Lemas Di Tali Air - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kanak-Kanak Perempuan Lemas Di Tali Air, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kanak-Kanak Perempuan Lemas Di Tali Air
link : Kanak-Kanak Perempuan Lemas Di Tali Air

Baca juga


Kanak-Kanak Perempuan Lemas Di Tali Air

PENDANG – Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun  10 bulan ditemukan lemas di dalam tali air kawasan kebun getah berdekatan rumahnya di Rancangan Perumahan Tempatan (RTP) Paya Mak Insun, di sini petang semalam.

Ketua Polis daerah Pendang DSP Fadzil Hashim berkata mangsa, Faridah Afrina Mohd Fadhlisham, dijumpai sudah tidak bernyawa oleh bapanya Mohd Fadhlisham  Che Me, 39, semasa operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan bersama penduduk kampung pada 6.30 petang.

Katanya bapa mangsa menyedari kejadian itu pada 4.45 petang selepas mendapat  panggilan telefon daripada adik iparnya yang memaklumkan bahawa anaknya itu tiada di rumah ketika hujan lebat turun.

“Ketika itu bapa mangsa tiada di rumah dan selepas mendapat panggilan kecemasan, bapanya terus balik dan mengesyaki anaknya jatuh ke dalam parit di tepi rumah dan dibawa arus kuat akibat hujan lebat, sebelum mencari sekitar rumah,” katanya dalam  kenyataan di sini, hari ini.

Fadzil berkata siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Beliau berkata mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar bagi proses bedah siasat dan dituntut anggota keluarga untuk dikebumikan hari ini. – BERNAMA 

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kanak-Kanak Perempuan Lemas Di Tali Air

Sekianlah artikel Kanak-Kanak Perempuan Lemas Di Tali Air kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kanak-Kanak Perempuan Lemas Di Tali Air dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kanak-kanak-perempuan-lemas-di-tali-air.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :