link : Kedai Emas Dalam Pasar Raya Dirompak 4 Lelaki Bersenjata, Pengawal Cedera Ditembak
Kedai Emas Dalam Pasar Raya Dirompak 4 Lelaki Bersenjata, Pengawal Cedera Ditembak
21 Jun - Sebuah kedai emas di pasar raya di Tampoi, Johor, dikejutkan dengan rompakan empat lelaki bersenjata api hari ini, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 malam itu, seorang pengawal keselamatan turut terkena tembakan dipaha namun dilaporkan stabil, kata polis.
"Suspek terdiri daripada empat lelaki yang belum dikenal pasti dan mereka bersenjatakan sepucuk pistol dan tukul besi.
"Sejumlah barang kemas berjaya dilarikan, namun jumlah kerugian belum dapat diketahui," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat .
Selain itu, senapang patah milik pengawal keselamatan turut dilarikan suspek yang berlaku dalam tempoh dua ke tiga minit itu.
Menurutnya, polis kini masih menjalankan siasatan dan Op Tutup serta Op kesan sedang dijalankan di seluruh negeri untuk mengesan suspek.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) dan samun berkawan menggunakan senjata api," katanya.
Sementara itu, foto-foto kejadian dimuat naik di media sosial yang memaparkan keadaan kedai emas terbabit selepas dirompak.
Sumber: Harian Metro
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Kedai Emas Dalam Pasar Raya Dirompak 4 Lelaki Bersenjata, Pengawal Cedera Ditembak
Anda sekarang membaca artikel Kedai Emas Dalam Pasar Raya Dirompak 4 Lelaki Bersenjata, Pengawal Cedera Ditembak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kedai-emas-dalam-pasar-raya-dirompak-4.html