link : MAHATHIR MASIH RASA DIRINYA HEBAT – MT UMNO
MAHATHIR MASIH RASA DIRINYA HEBAT – MT UMNO
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin merasakan dirinya masih hebat sehingga menyimpan cita-cita mahu menjadi penasihat kepada Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan Putrajaya kelak.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, sungguhpun Tun Mahathir seakan menolak untuk menjadi Perdana Menteri, namun beliau masih tidak boleh lari daripada sikap ingin masuk campur dalam pentadbiran kerajaan.
“Ya, sudah menjadi kebiasaan kadang-kadang kita fikir kita lebih hebat daripada orang lain jadi kita perlu menjadi penasihat kepada seseorang yang kita rasa lebih berkuasa.
“Apa yang berlaku, politik selalu begitulah, kadang-kadang manusia bercakap lain tapi berfikiran lain. Ini hari dia cakap lain, esok dia buat keputusan lain.
“Dia memang orang yang dah 22 tahun memegang kuasa, jadi memanglah dia selalu inginkan kuasa,” katanya ketika dihubungi Antarapos.
Terdahulu, Tun Mahathir dikatakan tidak berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri buat kali kedua namun lebih membayangkan untuk meletakkan dirinya sebagai penasihat kepada Perdana Menteri sahaja.
Hasrat itu diucapkan dalam siaran langsung menerusi laman facebook rasminya selepas sebelum ini seringkali dipersoal sama ada beliau ingin menjadi calon Perdana Menteri bagi PH.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kinabatangan itu juga berpendapat, keinginan Tun Mahathir untuk menjadi penasihat Perdana Menteri itu juga dikhuatiri boleh menjejaskan kestabilan negara apabila mungkin berlaku percanggahan pendapat antara dua pemimpin.
“Sudah tentu akan ada buruk dan baik, sudah tentu ada cetusan-cetusan ketidakpuasan hati, jadi ini akan menimbulkan prasangka yang tidak baik dan menimbulkan kegawatan di antara mereka dan akhirnya akan merosakkan negara kita sendiri,” katanya.
Sehingga kini, calon Perdana Menteri bagi PH masih menjadi teka-teki apabila mereka belum memuktamadkan mana-mana nama untuk diangkat ke jawatan berkenaan sekiranya menang PRU14.
Hanya PKR yang sebulat suara menamakan Ketua Umum mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sebagaimana yang dicapai sewaktu Kongres Nasional parti itu baru-baru ini. .

Demikianlah Artikel MAHATHIR MASIH RASA DIRINYA HEBAT – MT UMNO
Sekianlah artikel MAHATHIR MASIH RASA DIRINYA HEBAT – MT UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MAHATHIR MASIH RASA DIRINYA HEBAT – MT UMNO dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/mahathir-masih-rasa-dirinya-hebat-mt.html