Kes Buli Ni Never Ending. Semoga Janganlah Kena Pada Anak Cucu Kita.

Kes Buli Ni Never Ending. Semoga Janganlah Kena Pada Anak Cucu Kita. - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes Buli Ni Never Ending. Semoga Janganlah Kena Pada Anak Cucu Kita., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes Buli Ni Never Ending. Semoga Janganlah Kena Pada Anak Cucu Kita.
link : Kes Buli Ni Never Ending. Semoga Janganlah Kena Pada Anak Cucu Kita.

Baca juga


Kes Buli Ni Never Ending. Semoga Janganlah Kena Pada Anak Cucu Kita.

Kes buli ni never ending. Semoga janganlah kena kat anak cucu kite. Dan pembuli, jangan kau ingat kau takkan mati. Hati kau pun dah mati sebab tu kau sanggup bunuh kawan sendiri.

Kisah Ini Telah Di Kongsi oleh Aishah Jamil dari page Bendahara Alam Warisan

Tolong baca sampai habis…
aku mangsa buli, aku tak pernah cerita benda ni kat orang… lepas tgk kes buli pakai sterika panas ni… aku rasa aku kena buat sesuatu sebab mamat ni macam kawan aku yg mati kena buli disekolah berasrama penuh… boleh je aku nak petik nama sekolah agama berasrama penuh ni… tapi malas aku nak panjang cerita~ kat sekolah agama pun bebudak pembuli ni boleh bunuh orang lah~ bukan setakat institusi tinggi yg disebut sebut ni…

4 years it takes for my best friend tuk mati. Internal organ banyak yg rosak paru paru dan semua… …dari asbab kena belasah beramai ramai ni…
each raya aku akan lawat mak dia… ramadan ni sekali lagi kes macam ni timbul… semoga arwah arwah ini ditempatkan dikalangan orang beriman…

Di asrama masa belajar aku sering kena pukul,
Meh aku definisikan pukul tu macamana: kena lempang sekuat kuatnya, kena tendang sekuat kuatnya, kena tumbuk sekuat kuatnya, kena pijak~ kepala kena pijak kat atas simen… bukan atas bantal… kena tendang, kepala kena sepak macam bola sepak, ( dia buat macam nak ambil penalty)

the next day lepas kena pukul selalu aku akan muntah darah pernah sekali darah keluar kat telinga….sebab apa? Alasan membelasah adalah mereka kata badan aku sedap, dan aku tak ikut cakap senior kena basuh baju ambil teh la apa bagai…kata aku kurang ajar tak hormat.kerek la, poyo tade lagi time tu.. aku dah macam malaikat dah masa tu depa kata aku kurang ajar~ apa bagai dalam words aku kat atas tu aku leave to your imagination…

Aku dah cuba mengadu, azab duduk asrama ni… belajar tak menentu penuh ketakutan dan tade sapa peduli… cakap pada ibu ayah pun macam tade beza… sebab depa tak akan bantai muka kau… lebam sikit sikit tu biasa kat muka… maybe mak ayah aku pun tak tau apa nak dibuat…anak sulung.

Masa kena pukul apasal kau tak lawannn~ ahahahha kau tak kena beduk reramai dalam gelap boleh la kau cakap tak melawan~ kau melawan arwah dah kau tak dapat pun nak bukak ladang alam warisan dah tak sempat nak form yayasan pendidikan malaysia dah … tak sempat bru… arwah dah kau kalau kau melawan. Macam kena rasuk setan masa tu…

Tak kuasa nak melawan sebab mereka akan lauk kau dalam gelap… so kau tadah ajalah… redha dan masa tu kau fikir mana Allah… kau sebut Allah Allah pun~ lagi naik antu depa… so kau diam je… nanti depa tgk la kau pengsan ke tak… aku banyak kali pitam nak pengsan tapi aku kawal kena sedar selalu sebab silap aribulan mampus aku … tak pun koma…

Masa ni kau tertanya apa sebab kau dilahirkan dibesarkan penuh pengharapan kasih sayang mak abah kau… and that particular moment kau yg kononnya nak belajar jadi orang berguna… makan tapak kaki dan penumbuk orang sahaja… what a shitty event…and it happened almost dua kali seminggu… so kau boleh budget bila kawan kau akan beritahu kau senior panggil~ so kau akan kena laukkk~masa tu kau mengucap je lah banyak banyak~ kot mampus time tu kan… ko gelak bila baca… tak kena kat batang hidung sendiri ok la…

Masa kena pukul kau akan kena maki kau akan kena gertak kau akan kena carut dan semua kata kata buruk akan keluar~ paling banyak doa suruh kau mampus la masa kau kena pukul tu…kau tau ke apa rasanya bila reramai suruh kau mampus…dengan kaki dan penumbuk?

Lepas kau lembik kau akan dicampak keluar… kau bawak diri kau, kau basuh luka kau darah kau dan hingus kau tepi paip then kau ambil wuduk duduk surau… tak semayang pun sebab rusuk kau macam kena hiris bila nak rukuk… so masa tu kau berdoa, dalam pening… kau doa Allah balas balik apa yg depa dah buat…. aku anak sulung tade abg… mana aku nak mengadu… masa tu tade fb lagi… henset pun tade… nak ngadu kat sapa? Allah je laaaa…

Apa daaa gi surauuu~ gi jumpa warden la~mengadu…. ahahahaa kau gila???? Malam tu kau tido kat mana? Dorm kau kan… tepi katil kau depa dah tunggu… tak dapat kat dorm dalam bilik air… tak bilik air kat luar masa outing…ahahahaha korang jangan poyo la kata hadap jelah… kalau dah 15 orang kau nak kena hadap~ kawan kawan kau tgk aja… ko rasa ko nak buat apa?

Aku feel arwah ni… aku dapat rasakan apa yg dia lalui….azab… menitik air mata aku…sorry emo… yelah anak orang mati kan…aku nasib baik tak mati je…aku ada anak dua sekarang… susah aku nak besarkan mereka…

Aku pendekkan cerita…
Form 4 aku keluar asrama… sebab aku jadi manusia paling buas… masa tu ringan je tangan ni… rasa lepas join team rugby semua orang aku nak pukul~ even senior senior pun aku nak pukul…lawan stj bukan nak main rugby tapi nak belasah orang… masa tu aku baru kenal kekuatan…
Aku keluar asrama sebab tak nak aku pulak jadi orang yg meneruskan tradisi ini… it stop with me…

I become a person with so much rage…aku penyayang sebenarnya… tapi ada benda kat dalam yg buat aku jadi pemarah dan pendendam…
Deep inside its like a feeling where kalau aku dapat cari semua yg pernah buli aku aku akan sembelih dan hirup darah mereka…really… sekarang dah kurang~ paling kuat kalau jumpa aku tumbuk je muka dia… sembelih kang masuk lokap lak…

At the same time i become a person yg sangat rendah self esteem…
rasa rendah diri, tak yakin dengan diri sendiri… it damaged me as a young teenager…

Then masa matriks aku jadi ketua pelajar~ masa tu dah jadi lain…. i learn to lead n to help people in need…aku guna kekuatan tuk tolong orang lemah orang teraniaya…

Masa ni adik aku lak kena buliiii~ masa belajar kat matriks ni umur dalam 18 tahun…aduii jilake. Ahahahah terus ilang sabar, yelah aku dah terbayang adik aku jadi arwah kottt~
Aku tanya nama sapa buat apa kat adik aku… dia beritahu…. aku buru aku cari terus bagi pelempang… kecik je budak dia muka mulus gila… ini pembuli? Ahahaha korang jangan tak tau… muka innocent hensem baik tu lah pembuli… muka pecah rumah tu segan nak jumpa orang… then aku warning satu dorm form 4 tu… sapa buli orang tak akan report polis aku tak akan tunggu luar, aku akan datang aku akan masuk dorm aku akan baling budak pembuli ni kebawah…masa ni baru 18 tahun….(gertak aja … belum tentu aku buat lagi… tapi kalau buat tak tentu lagi~)

i made my point~ gigil semua budak budak tu… aku rasa suara aku ni yg kenal aja akan tahu macamana bunyinya… adik aku pun tak tau aku buat benda ni sebab aku tak nak dia takut… Alhamdulillah tade dah kes macam ni berlaku…aku cakap kat senior senior… budak budak junior ni semua ada nombor telefon aku… mereka mengadu aja~ aku kutip… so sejak dri tu tak pernah la ada budak mengadu kena buli sampai adik habis belajar…

masa universiti aku jumpa satu group… group ni ubah aku jadi leader bagi semula keyakinan diri untuk terus hidup sebagai manusia berguna…

Sejak jadi anak ledang belajar aku makin baik, aku jadi orang paling cemerlang pelajaran dan kepimpinan masa di uitm… dapat anugerah la, tan sri ibrahim abu syah bagi… Alhamdulillah…Masa di uni aku banyak tolong orang susah dan backup orang gaduh… most of my friend tak tahu benda ni… tapi kaki gaduh ni biasalah aku buat secara part time… that rage perlu di channelkan be benda yg sepatutnya…thehehe…now dah tade…
That rage dah dichannelkan ke tempat lebih baik… tapi jauh disudut hati aku still trauma…

Aku meniaga~ alhamdulillah…rezeki ada…

Sekarang saya tubuhkan satu yayasan nama dia Yayasan Pendidikan Malaysia…untuk mendidik anak bangsa… banyak lagi yg kita nak buat, dan kena buat, pelajaran dah ada kementerian yg cover namun usaha mendidik anak bangsa ni tade… ada ke orang yg mendidik sekarang? Mengajar adalah… cikgu pun naik fed up dah tgk perangai budak budak ni kat sekolah… kat universiti pun… kurang ajar lain macam~ dalam tweeter instagram selamba badak je kutuk guru kutuk lecturer… kutuk tade apa lagi, siap tumbuk cikgu~ haiihhh~ sebab tiada didikan… semua ttg konsep akademik cemerlang tapi tidak kepada pendidikan tentang kehidupan… terlalu academic oriented dan exam oriented… budak jadi stress~ output? Bully la apa lagi….

Aku buka ladang alam warisan… dekat ladang ni kami buat motivasi bagi budak budak ni berani…ajar tentang kehidupan ajar tentang adab… tentang agama.. pesan pesan pada mereka…jadi manusia jangan jadi kambing… alhamdulillah berjalan 6 tahun dah… target aku sekolah berasrama penuh dan sekolah asrama. tapi its too small… kena buat gerakkan lebih besar lagi… kena tap audience yg lebih luas lagi…korang mangsa bully kena tolong aku…

Belajar tinggi tapi bodoh~ maaflah kasar ayat aku ni… tapi belasah sampai berstrerika sampai mampus tu tahap bodoh la tu… bahasa apa pulak nak diberi lagi… ini reality pelajar hari ini…

Aku harap kita semua, dapat didik anak anak bangsa, dekat sekolah rendah sekolah menengah dan peringkat institusi pengajian tinggi… buli ni kena diberhentikan… kasih sayang perlu dipupuk, keberanian perlu diterapkan dengan didikan yang betul…

dengan adanya satu pasukan yg khusus memantau masalah buli boleh ditangani… saya Yakin dengan Allah swt… ini untuk masa depan anak anak kita…

Kita nak create satu system yg budak budak ni boleh adukan apa sahaja kes buli pada kita… kita akan bantu secepat mungkin dengan bantuan pihak berkuasa… pihak sekolah dan universiti boleh bekerjasama… we need help to salve this issue… they need to feel yg mereka ada orang yg akan bertindak bagi pihak mereka…

Ibu ayah rakan taulan… jadi jangan bercakap ttg masalah… lets find a solution… kepada anak muda jum kita fikirkan sesuatu…. kepada bekas pembuli(yang dah insaf) dan mangsa buli… idea kalian amat saya perlukan…share this posting… maybe akan ada idea idea bernas yg boleh kita laksanakan bersama…

Kepada pembuli yang pernah buli orang~ pijak pijak orang… korang tunggu je balasan Allah… kalau nasib tak baik kita berjumpa… memang la patah hidung tu nanti… bukan sebab apa terlanggar je, tersadung…thehehhehe doalah banyak banyak anak anak korang tak kena… so if u dont want your son or doughter to be the next victim, bertaubatlah… zaman ada fb ni kau carik balik sorang sorang yg kau pernah lauk. Pergi minta maaf.. kalau berani laaa…

We need to stop this… anak kalian maybe the next victims… ingat buli bukan setakat pukul… mereka even boleh seksually abuse your children… part ni aku malas nak kupas sekarang… pendidikan dan peringatan berterusan amat kita perlukan… pendidikan…kena sentuh hati mereka ni…hati yg sepi…

Kepada mangsa bulli i feel you…
Datang la ladang kita ubat sama sama hati kita…
Kepada yg dibuli, kalau aku yg tade apa ni boleh berjaya, korang apatah lagi…jangan down jangan putus semangat… jangan bersedih… ramai kawan kawan ni….adik adik jangan takut ramai abg akak leh bekap adik~ speak up reach out to us di ladang dan yayasan pendidikan malaysia.

P/s:korang baca sampai sini terima kasih… sebab korang ada jiwa ada nurani… ayat ni ayat tak rasmi… sebab aku bercakap ngan kawan kawan aku aja… ini social media… bukan platform rasmi… maaf kalau ada yg terasa…

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kes Buli Ni Never Ending. Semoga Janganlah Kena Pada Anak Cucu Kita.

Sekianlah artikel Kes Buli Ni Never Ending. Semoga Janganlah Kena Pada Anak Cucu Kita. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes Buli Ni Never Ending. Semoga Janganlah Kena Pada Anak Cucu Kita. dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kes-buli-ni-never-ending-semoga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :