link : Ketika Rakyat Malaysia Mewah Makanan, Rakyat Syria Hanya Jamah Rumput, Kotak
Ketika Rakyat Malaysia Mewah Makanan, Rakyat Syria Hanya Jamah Rumput, Kotak
Wajah dua kanak-kanak Syria yang mendapat bantuan makanan menerusi bantuan Syria Care Malaysia. (Gambar: Syria Care - Malaysia - Facebook)
Kemelut di Syria telah berlanjutan lebih enam tahun sejak demonstrasi menentang kepimpinan Presiden Bashar al-Assad tercetus pada 26 Januari 2011. Sehingga ke hari ini negara Syria masih lagi dalam pergolakan dan tidak diketahui bilakah akan berakhirnya tragedi yang amat memilukan hati itu.
Kesan daripada situasi itu mengakibatkan ramai rakyat Syria maut, kehilangan tempat tinggal dan kemudahan lain seperti kedai runcit, hospital, sekolah dan sebagainya.
Malah, apa yang amat memilukan hati apabila golongan anak kecil yang tidak mengerti apa yang berlaku di sekeliling mereka terpaksa menjadi korban keadaan.
Ramai antara mereka kehilangan ibu bapa kerana terkorban akibat dihempap timbunan konkrit selepas rumah mereka hancur akibat bom, ditembak mati dan sebagainya.
KEHIDUPAN MEREKA SEBELUM SYAWAL
Berdasarkan maklumat yang dikongsi badan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan dan laporan media antarabangsa, sebahagian rakyat Syria yang menjadi pelarian terpaksa bersahur dan berbuka puasa hanya dengan memakan rumput.
Lebih memilukan, ada dalam kalangan mereka berebut kotak untuk digunakan sebagai bahan dalam sup yang di masak. Mereka yang masih bertahan pula bersahur dan berbuka puasa di bawah ancaman serangan udara oleh jet pejuang tentera Syria.
Hakikatnya, umat Islam Syria menunaikan ibadah puasa dalam keadaan yang amat menyedihkan, serba kekurangan dan kedaifan.
KEPRIHATINAN RAKYAT MALAYSIA
Sebuah NGO dikenali sebagai Syria Care mengambil tindakan proaktif dengan melancarkan Kempen Ramadan Al-Khair Kelima (KRAK5) bermula 17 Januari lalu bagi membantu rakyat Syria pada Ramadan lalu.
Fokus utama kempen ini adalah mengumpul dana untuk membantu rakyat Syria mendapatkan keperluan asas yang mencukupi ketika menunaikan ibadah puasa dan meneruskan kelangsungan hidup mereka.
Kempen itu merangkumi kepada enam projek iaitu Edu4Syria, Effatul Ulama’, Food4Syria, Milk4Syria dan Care4Syria. Selain itu, kempen ini juga turut menampilkan The Orphans Project bagi membantu anak-anak yatim yang kehilangan ibu bapa mereka.
Kempen ini tamat secara rasmi pada 24 Jun lalu bersamaan 29 Ramadan 1438 Hijrah dengan kutipan sebanyak RM5,015,244 melebihi sasaran awal iaitu RM5 juta sahaja.Jumlah dana yang berjaya dikutip secara tidak langsung menunjukkan keprihatinan tinggi rakyat Malaysia ke atas nasib rakyat Syria yang masih di landa pergolakan.
Syria Care dalam satu kenyataan baru-baru ini menyatakan mereka amat teruja dan terharu melihat keprihatinan rakyat Malaysia dalam menyalurkan sumbangan,
BANTUAN UNTUK 359,610 RAKYAT SYRIA
Berdasarkan anggaran Syria Care, dana sebanyak itu cukup untuk membantu seramai 359,610 rakyat Syria dan agihan telah dilaksanakan di Timur Ghoutah, Idlib, Selatan Damsyik, Latakia, Barat Ghoutah, Homs dan pinggiran Aleppo.
Antara pembahagian sumbangan mengikut projek untuk rakyat Syria yang dikendalikan oleh NGO itu adalah seperti berikut:
- Food4Syria yang mengkhususkan penyediaan iftar dan sahur sebanyak RM1,906,408
- Projek Milk4Syria di mana satu kontena berisi 9,000 tin susu bernilai RM322,080
- Projek Edu4Syria menyediakan pendidikan buat anak-anak Syria sebanyak RM797,032
- Projek Care4Syria RM980,484 melibatkan beberapa pembedahan dan pembinaan masjid
- Effatul Ulama’ iaitu projek menyantuni golongan ilmuwan yang menjadi pelarian di Istanbul, Turki sebanyak RM116,307
- The Orphans Project menerima dana sebanyak RM892,933
Demikianlah Artikel Ketika Rakyat Malaysia Mewah Makanan, Rakyat Syria Hanya Jamah Rumput, Kotak
Anda sekarang membaca artikel Ketika Rakyat Malaysia Mewah Makanan, Rakyat Syria Hanya Jamah Rumput, Kotak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/ketika-rakyat-malaysia-mewah-makanan.html