Krisis FGV: Tempoh Zakaria Jawab Berakhir Hari Ini

Krisis FGV: Tempoh Zakaria Jawab Berakhir Hari Ini - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Krisis FGV: Tempoh Zakaria Jawab Berakhir Hari Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Krisis FGV: Tempoh Zakaria Jawab Berakhir Hari Ini
link : Krisis FGV: Tempoh Zakaria Jawab Berakhir Hari Ini

Baca juga


Krisis FGV: Tempoh Zakaria Jawab Berakhir Hari Ini

HARI ini tarikh penting menuju penghujung krisis pengurusan Felda Global Ventures (FGV) setelah 23 hari melalui detik gelap yang menggemparkan!

Pada 23 Jun lalu, Ahli Lembaga Pengarah (ALP) FGV bersetuju melanjutkan tempoh menjawab Surat Tunjuk Sebab kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Zakaria Arshad.

Zakaria diarahkan bercuti dan digantung tugas mulai 6 Jun lalu susulan siasatan ke atas beberapa transaksi oleh anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd.

Pada 13 Jun Zakaria diberikan Surat Tunjuk Sebab atas pertuduhan itu.

Pada 23 Jun, ALP FGV tempoh dilanjutkan hingga 29 Jun.

Jadi hari ini, Zakaria dijangka menyerahkan surat jawapan bagi tuduhan itu.

Krisis antara Zakaria dan ALP FGV menarik perhatian ramai sehingga menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebagai perantara untuk mendapatkan maklumat mengenai krisis itu bagi pihak Kerajaan.

Pada 19 Jun, selepas mengadakan pertemuan dengan PM, Pengerusi FGV Tan Sri Isa Samad melepaskan jawatan sebagai Pengerusi FGV.

Krisis FGV mendapat perhatian sensasi setelah Zakaria bertindak menyerahkan beberapa dokumen kepada SPRM pada 8 Jun dan mencetuskan spekulasi mengenai kewujudan salah laku serius pihak tertentu berhubung dakwaan pelaburan ‘tidak masuk akal’ membabitkan RM850 juta.

SPRM belum membuat sebarang pengumuman mengenai hasil siasatan.

Isu arahan bercuti Zakaria dikaitkan dengan spekulasi berhubung tindakan melupuskan hutang syarikat Afghanistan, Safitex kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd.

Namun tuduhan itu dinafikan Zakaria dan dijawabnya sebagai: “Keputusan itu dibuat pengurusan terdahulu.”

Zakaria yang berpengalaman 33 tahun bersama Felda dilantik sebagai Presiden dan CEO pada Jun 2016.

Sebaik sahaja dilantik, pasaran saham menyambut baik keputusan itu apabila saham FGV melonjak pada RM1.49 sesaham setelah berada pada paras terendah RM1.31 berikutan krisis kejatuhan harga komoditi global.

Ketika dilancarkan pada Jun 2012, saham FGV diniagakan RM5 sesaham.

Nyata Jun bulan dramatik untuk FGV. Pada Jun 2012 saham FGV disenaraikan di Bursa Malaysa, pada Jun 2016, Zakaria dilantik mengetuai pengurusan eksekutif dan pada Jun tahun ini pula FGV huru-hara.

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Krisis FGV: Tempoh Zakaria Jawab Berakhir Hari Ini

Sekianlah artikel Krisis FGV: Tempoh Zakaria Jawab Berakhir Hari Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Krisis FGV: Tempoh Zakaria Jawab Berakhir Hari Ini dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/krisis-fgv-tempoh-zakaria-jawab.html

Subscribe to receive free email updates: