link : Kononnya Ada Nota Daripada Pengganas
Kononnya Ada Nota Daripada Pengganas
ALBURY - AUSTRALIA: Polis tidak menemui sebarang catatan nota pengganas, selepas kononnya akan berlaku ancaman keganasan di sebuah lapangan terbang luar bandar, di sini.
Selasa lalu, kekecohan berlaku di lapangan itu selepas wujudnya dakwaan mengatakan ada nota ancaman diletakkan di sebuah bilik air di lapangan terbang berkenaan.
"Tiada apa yang ditemui, tiada ancaman kepada sesiapa, hanya sehelai nota yang kosong," kata seorang jurucakap polis yang enggan memberikan namanya kepada Reuters.
Sebelum ini, dek kerana perkara itu, pesawat jenis turboprop yang membawa 42 penumpang dalam penerbangan domestik telah diarahkan untuk mengalih laluan penerbangan.
Sementara itu, seorang lelaki telah ditangkap berhubung insiden berkenaan. - SH
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Kononnya Ada Nota Daripada Pengganas
Sekianlah artikel Kononnya Ada Nota Daripada Pengganas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kononnya Ada Nota Daripada Pengganas dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kononnya-ada-nota-daripada-pengganas.html