link : Lebih 20,000 Peserta Sertai Tadarus & Khatam Al-Quran
Lebih 20,000 Peserta Sertai Tadarus & Khatam Al-Quran
SEREMBAN – Lebih 20,000 peserta dari seluruh negeri menyertai program Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana peringkat Negeri Sembilan yang diadakan sepanjang bulan Ramadan ini, bermula 27 Mei lepas.
Yang Dipertua Pertubuhan Wanita Negeri Sembilan (NSWO) Datin Seri Raja Salbiah Tunku Nujumuddin berkata kesemua peserta terdiri daripada penjawat awam dan swasta, kariah surau dan masjid, anggota badan bukan kerajaan serta pelajar sekolah dan universiti.
“Mereka akan khatam secara beramai-ramai mengikut daerah masing-masing.
Pada hari ini seramai 143 orang wakil Persatuan Gabungan Wanita di bawah NSWO dan Pekerti (Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Sembilan) terlibat dalam bacaan tadarus ini, ” katanya kepada pemberita selepas Majlis Tadarus Al-Quran bersama Persatuan Gabungan NSWO di sini hari ini.
Raja Salbiah yang juga Yang Dipertua Pekerti berkata program berkenaan yang merupakan program tahunan diadakan bertujuan sebagai pengisian rohani kepada umat Islam sepanjang Ramadan di samping mahu mereka menghayati makna yang terkandung dalam al-Quran. – BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel Lebih 20,000 Peserta Sertai Tadarus & Khatam Al-Quran
Anda sekarang membaca artikel Lebih 20,000 Peserta Sertai Tadarus & Khatam Al-Quran dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/lebih-20000-peserta-sertai-tadarus.html