KPDNKK T’ganu Puas Hati Harga Di Bazar Ramadan

KPDNKK T’ganu Puas Hati Harga Di Bazar Ramadan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KPDNKK T’ganu Puas Hati Harga Di Bazar Ramadan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPDNKK T’ganu Puas Hati Harga Di Bazar Ramadan
link : KPDNKK T’ganu Puas Hati Harga Di Bazar Ramadan

Baca juga


KPDNKK T’ganu Puas Hati Harga Di Bazar Ramadan

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu berpuas hati dengan kadar harga juadah di bazar-bazar ramadan di sekitar negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri Nawi Mohamad berkata berdasarkan pemeriksaan di 3,507 gerai setakat ini, KPDNKK Terengganu tidak mengesan kenaikan harga yang melampau.

“Hanya ada sedikit kenaikan beberapa produk makanan antara 10 hingga 20 peratus, malah ada juga yang turun harga seperti ayam golek yang dijual antara RM20 dan RM24 seekor berbanding RM25 dan RM26 tahun lalu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran kempen ‘Jangan Lebih Lebih’ di bazar Ramadan Batu Buruk di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah KPDNKK Terengganu Azlan Abd Samat berkata setakat ini pihaknya hanya mengambil tindakan terhadap satu kes melibatkan peniaga nasi beriani di bazar Ramadan Jalan Padang di Kemaman.

“Peniaga tersebut enggan meletakkan tanda harga walaupun telah diberi nasihat dan peringatan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam pemeriksaan sebelum itu,” katanya.

Beliau berkata pihaknya bertindak susulan aduan menerusi Facebook oleh seorang pembeli yang mendakwa peniaga itu mengenakan harga yang tinggi iaitu RM13 untuk nasi beriani daging.

“Pegawai penguat kuasa KPDNKK telah membuat ujian pembelian dan akibatnya peniaga itu dikenakan kompaun sebanyak RM200 manakala nasi beriani daging bernilai RM225 telah disita,” katanya. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel KPDNKK T’ganu Puas Hati Harga Di Bazar Ramadan

Sekianlah artikel KPDNKK T’ganu Puas Hati Harga Di Bazar Ramadan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KPDNKK T’ganu Puas Hati Harga Di Bazar Ramadan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kpdnkk-tganu-puas-hati-harga-di-bazar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :