link : Lagi Negara Putus Hubungan Diplomatik Dengan Qatar
Lagi Negara Putus Hubungan Diplomatik Dengan Qatar
NOUAKCHOTT - MAURITANIA. Mauritania, kelmarin memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar selepas langkah sama diambil Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Libya, Bahrain, Mesir, Yaman, Maldives dan Mauritius.
"Doha mengaitkan dasarnya dengan menyokong pertubuhan pengganas dan penyebaran idea ekstremis.
"Tindakan mereka mengakibatkan kehilangan banyak nyawa di negara Arab, Eropah dan seluruh dunia," menurut Agensi Maklumat Mauritania memetik kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar.
Sementara itu, Jordan mengumumkan ia mengurangkan hubungan diplomatik dengan Qatar dan akan menutup operasi saluran TV, al-Jazeera di ibu negara.
Jurucakap kerajaan, Mohammed Momani berkata, keputusan itu diambil untuk memastikan kestabilan serantau, menyelaras dasar negara Arab dan menamatkan krisis di Timur Tengah.
"Duta Qatar telah diarahkan untuk segera meninggalkan Amman. Kami berharap konflik tersebut dapat diselesaikan untuk membina masa depan yang lebih baik di rantau Arab," jelasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Emir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad al-Jaber al Sabah dilaporkan telah bertemu pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz sebagai pengantara bagi menyelesaikan pertikaian antara Qatar dengan kuasa besar di Timur Tengah. - Agensi
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Lagi Negara Putus Hubungan Diplomatik Dengan Qatar
Sekianlah artikel Lagi Negara Putus Hubungan Diplomatik Dengan Qatar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lagi Negara Putus Hubungan Diplomatik Dengan Qatar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/lagi-negara-putus-hubungan-diplomatik.html