Lebih 100 Rumah Di Penaga Rosak Akibat Ribut

Lebih 100 Rumah Di Penaga Rosak Akibat Ribut - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lebih 100 Rumah Di Penaga Rosak Akibat Ribut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lebih 100 Rumah Di Penaga Rosak Akibat Ribut
link : Lebih 100 Rumah Di Penaga Rosak Akibat Ribut

Baca juga


Lebih 100 Rumah Di Penaga Rosak Akibat Ribut

KEPALA BATAS – Lebih 100 buah rumah di kawasan Penaga di sini, mengalami kerosakan selepas dilanda ribut awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 4.30 pagi ketika kebanyakan penduduk sedang bersiap untuk bersahur sebelum hujan lebat disusuli dengan ribut hingga menyebabkan bumbung kebanyakan rumah diterbangkan angin kuat.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga Datuk Mohd Zain Ahmad yang meninjau kawasan terlibat menasihatkan semua mangsa ribut agar membuat laporan polis bagi memudahkan proses memberi bantuan.

Katanya pihaknya bersama beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri akan meneliti tahap kerosakan rumah
mangsa terlibat bagi memberi bantuan segera kepada mereka.

“Setakat ini saya difahamkan sebanyak 100 buah rumah di 12 kawasan dan kampung di Penaga antaranya Taman Penaga, Bakar Kapur, Kuala Muda, Kampung Pasir Gebu dan Permatang Rawa mengalami kerosakan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Seorang penduduk, Jalina Hassan, 47, berkata detik cemas itu berlaku ketika dia sedang menyediakan makanan untuk suami dan dua anaknya sebelum terdengar bunyi angin kuat dan hujan lebat.

Beliau yang tinggal di Taman Penaga berkata dia terdengar bunyi dentuman kuat dan dalam masa yang sama bumbung bahagian hadapan dan ruang tamu rumahnya diterbangkan angin.

Seorang lagi penduduk, Mohd Shukri Muin, 45, berkata kejadian ribut itu menyebabkan sebahagian besar rumahnya rosak teruk terutama di bahagian dapur dan dua bilik tidur di rumahnya di Kampung Tepi Laut, Bakar Bata. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Lebih 100 Rumah Di Penaga Rosak Akibat Ribut

Sekianlah artikel Lebih 100 Rumah Di Penaga Rosak Akibat Ribut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lebih 100 Rumah Di Penaga Rosak Akibat Ribut dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/lebih-100-rumah-di-penaga-rosak-akibat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :