Tak mungkin..tak masuk akal..fitnah sama sekali,kata PM pasal dakwaan Dr Mahathir terhadap Zahid

Tak mungkin..tak masuk akal..fitnah sama sekali,kata PM pasal dakwaan Dr Mahathir terhadap Zahid - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tak mungkin..tak masuk akal..fitnah sama sekali,kata PM pasal dakwaan Dr Mahathir terhadap Zahid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tak mungkin..tak masuk akal..fitnah sama sekali,kata PM pasal dakwaan Dr Mahathir terhadap Zahid
link : Tak mungkin..tak masuk akal..fitnah sama sekali,kata PM pasal dakwaan Dr Mahathir terhadap Zahid

Baca juga


Tak mungkin..tak masuk akal..fitnah sama sekali,kata PM pasal dakwaan Dr Mahathir terhadap Zahid

Fitnah serius yang dilontar Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya Datuk Seri Zahid Hamidi nak guling Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya tak jalan langsung.

Ekoran pendedahan dibuat Timbalan Perdana Menteri pada Jumaat beliau ada rakaman perbualan masa pertemuan dengan bekas Perdana Menteri itu pada 2015 sebagai bukti dakwaan itu fitnah ...ramai yang mencemuh perbuatan yang dianggap ‘ tidak bersifat seorang negarawan’ itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad tampil solid menolak dakwaan Dr Mahathir itu sebagai ‘tak mungkin..tak masuk akal..tak betul..fitnah sama sekali.’

Berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Shah Alam di Shah Alam, Presiden UMNO itu kata Dr Mahathir tidak faham mengenai hubungan beliau dengan Zahid yang susah senang bersama sejak tahun 1986.

Katanya adalah tidak masuk akal selepas dilantik Timbalan Perdana Menteri Zahid nak gulingkan beliau.

Najib berkata nak jatuhkan UMNO bukan mudah.

Menurutnya jika bekas pemimpin selama 22 tahun itu adalah masalah dengannya jangan khianati UMNO.

“Dalam sejarah siapa dia ( Dr Mahathir) tidak berbeza pendapat ..Tunku (Abdul Rahman) ...( Tun) Hussein Onn dia kutuk dibelakang..Tengku Razaleigh (Hamzah)..(Tun) Musa Hitam..(Datuk Seri) Anwar Ibrahim...Pak Lah (Tun Abdullah Badaawi) ..Tun Ghafar dia ketepikan...cuma Tun Razak tak sempat...tunggu anak dia (Najib).

“Kalau ramai tak betul..tak kan semua tak betul..dia (pun) banyak tak betul…,”katanya.

Perdana Menteri menceritakan antara pengalaman hubungan beliau dengan Zahid termasuk memastikan timbalannya itu menang dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datok satu ketika dulu sekalipun berdepan tentangan dari Ketua UMNO Bahagian itu.

“Dia rakan saya…sahabat dalam perjuangan…tahu susah senang dan kesengsaraan,”katanya.

Najib juga buka cerita bagaimana Dr Mahathir pada tahun 1998 paksa Zahid letak jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia ketika beliau dalam tahanan ISA.

Katanya dua pegawai Cawangan Khas jumpa Zahid dalam tahanan minta beliau buat surat letak jawatan.

Kemudian mereka datang lagi minta beliau buat lagi surat kata letak jawatan secara sukarela.

“Maknaya apa…guna senjata (kuasa) sepenuhnya ..letak pistol di kepala.Begitu sekali.

“Sebab itu Zahid tidak lupa.Pelanduk tidak lupa jerat,"katanya.

Serentak dengan itu Perdana Menteri meminta ahli UMNO tidak gusar dengan keutuhan kepimpinan parti.

Katanya hubungan mereka kukuh dan saling yakin meyakini.

Menurutnya adalah hal biasa bila nak jatuhkan parti musuh akan serang kepimpinan.

Katanya masa Dr Mahathir Presiden UMNO dulu apa yang pembangkang tidak kata.

“Mahafiraun…Mahazalin…Mamak Bendahara…tapi hari ini dia nak rujuk pada orang (PKR) yang tubuh parti kerananya ( selepas Anwar disingkir kerana kes liwat).


Demikianlah Artikel Tak mungkin..tak masuk akal..fitnah sama sekali,kata PM pasal dakwaan Dr Mahathir terhadap Zahid

Sekianlah artikel Tak mungkin..tak masuk akal..fitnah sama sekali,kata PM pasal dakwaan Dr Mahathir terhadap Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tak mungkin..tak masuk akal..fitnah sama sekali,kata PM pasal dakwaan Dr Mahathir terhadap Zahid dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/tak-mungkintak-masuk-akalfitnah-sama.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :