link : Masih Ada Peniaga Tidak Meletak Tanda Harga Merah Jambu
Masih Ada Peniaga Tidak Meletak Tanda Harga Merah Jambu
KAMPAR – Masih terdapat segelintir peniaga tidak meletakkan tanda harga merah jambu terhadap 21 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2017 yang telah dilaksanakan sejak 17 Jun hingga 30 Jun ini.
Exco Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, NGO dan Masyarakat Sivil Perak Datuk Shamsudin Abu Hassan berkata, perkara itu sepatutnya tidak dipandang remeh memandangkan ia penting bagi memudahkan pengguna mengetahui harga sebenar barangan yang dijual.
“Ada yang menulis pada plastik merah jambu, tulisan tanda harga juga kecil selain tidak dipamerkan di bahagian yang sepatutnya hingga menyukarkan pembeli untuk membuat pilihan.
“Kita juga ada kenal pasti peniaga yang meletakkan tanda harga lebih murah daripada harga yang ditetapkan,” katanya selepas mengadakan pemantauan harga barangan kawalan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak di Pasar Awam Kampar di sini, hari ini.
Beliau berkata, selain perkara tersebut, kefahaman pengguna terhadap harga barangan kawalan juga masih kurang memberangsangkan berikutan ada dalam kalangan mereka yang langsung tidak ambil kisah.
Shamsudin berkata, ia tidak sepatutnya berlaku memandangkan skim berkenaan telah diuar-uarkan kepada umum sebelum ini.
“Bagi kita, pendidikan kepenggunaan itu perlu lagi dipertingkatkan supaya pengguna dan peniaga ada hubungan akrab yang baik bagi melancarkan urusan jual beli,” katanya.
Mengulas lanjut, Shamsudin berkata, para pengguna disaran supaya mendapatkan barangan keperluan terutama bahan mentah dengan lebih awal bagi memastikan kualitinya terjamin.
“Selain itu, kita tak mahu para pengguna bersesak-sesak di saat akhir hingga menjejaskan urusan mereka untuk mendapatkan sesuatu barangan,” katanya.
– BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel Masih Ada Peniaga Tidak Meletak Tanda Harga Merah Jambu
Anda sekarang membaca artikel Masih Ada Peniaga Tidak Meletak Tanda Harga Merah Jambu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/masih-ada-peniaga-tidak-meletak-tanda.html