Pesakit Dari Sarawak Terima Sumbangan Raya

Pesakit Dari Sarawak Terima Sumbangan Raya - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pesakit Dari Sarawak Terima Sumbangan Raya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pesakit Dari Sarawak Terima Sumbangan Raya
link : Pesakit Dari Sarawak Terima Sumbangan Raya

Baca juga


Pesakit Dari Sarawak Terima Sumbangan Raya

KUALA LUMPUR – Persatuan Anak Sarawak tidak melupakan pesakit di Institut Jantung Negara (IJN) yang berasal dari Bumi Kenyalang menjelang Aidilfitri ini dengan menghulurkan sumbangan berupa wang dan keperluan lain kepada mereka.

Sumbangan disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Anggota  Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri itu, bertujuan untuk meringankan beban anggota keluarga yang perlu menjaga pesakit.

“Sumbangan ini tidak hanya diberi kepada pesakit yang beragama Islam tetapi juga kepada semua pesakit supaya mereka juga turut merasai suasana Hari Raya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 12 pesakit itu di IJN, di sini hari ini.

Katanya, kehadiran anak-anak Sarawak ke IJN dapat memberikan suasana kegembiraan dan dekat dengan keluarga yang jauh di kampung halaman masing-masing buat diri pesakit.

Bagi Zulkernaini Abdul Khalid, 39, dari Kuching, beliau terpaksa akur untuk menyambut Syawal tahun ini di IJN selepas dimasukkan ke institut itu sejak Sabtu lepas.

Bapa kepada tiga cahayamata itu disahkan mengalami masalah jantung sejak berumur 20 tahun dan kini mengalami masalah saluran jantung bengkak.

“Saya hanya mahu supaya kesihatan pulih selepas pembedahan dijalankan dan kalau diizinkan boleh sambut Hari Raya tahun depan,” katanya yang dijadual akan menjalani pembedahan pada minggu hadapan katanya.

Sementara itu, Dellymay Anak Adin, 33, ibu kepada Carry Rerry Anak Roy, 8, yang mengalami masalah posisi jantung terbalik berkata, walaupun tidak menyambut Hari Raya tetapi sumbangan berkenaan dapat membantu dirinya sepanjang berada di IJN.

Anak keduanya itu yang dimasukkan ke IJN sejak awal bulan ini, telah selamat menjalani pembedahan dan dijangka pulang ke Serian pada 26 Jun ini.

“Dua minggu di sini rasa macam sudah dua bulan,” katanya dengan nada ceria.

– BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pesakit Dari Sarawak Terima Sumbangan Raya

Sekianlah artikel Pesakit Dari Sarawak Terima Sumbangan Raya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pesakit Dari Sarawak Terima Sumbangan Raya dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/pesakit-dari-sarawak-terima-sumbangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :