MP PKR bosan dengan amalan politik personaliti dalam Pakatan...Giler Kuasa Biasa Ler

MP PKR bosan dengan amalan politik personaliti dalam Pakatan...Giler Kuasa Biasa Ler - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MP PKR bosan dengan amalan politik personaliti dalam Pakatan...Giler Kuasa Biasa Ler, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MP PKR bosan dengan amalan politik personaliti dalam Pakatan...Giler Kuasa Biasa Ler
link : MP PKR bosan dengan amalan politik personaliti dalam Pakatan...Giler Kuasa Biasa Ler

Baca juga


MP PKR bosan dengan amalan politik personaliti dalam Pakatan...Giler Kuasa Biasa Ler

Sudah ada ahli parlimen Pakatan Harapan yang berani bersuara 'meluat' tengok politik berteraskan personaliti atau politik peribadi dalam gabungan setahun jagung tersebut.

Ini berikutan ura-ura pertembungan antara kumpulan Tun Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi calon Perdana Menteri gabungan tersebut.

 menyeru pimpinan Pakatan Harapan supaya mengurangkan amalan politik personaliti (politik peribadi).

Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya, Wong Chen menyeru pimpinan Pakatan Harapan supaya mengurangkan amalan politik personaliti dan memberi tumpuan kepada politik yang berteraskan polisi.

Katanya, rata-rata pengundi di Malaysia kurang mengambil peduli siapa yang akan menjadi Perdana Menteri, tetapi mengambil berat tentang pengagihan kekayaan untuk mereka.

“Pakatan Harapan seharusnya berterusan menambah baik situasi dan polisi membina di negeri Selangor dan Pulau Pinang.

“Rata-rata pengundi Malaysia bukanlah tertumpu pada isu penggantian Perdana Menteri atau kabinet baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan pembangkang sedang berkecamuk mengenai siapa yang akan menjadi Perdana Menteri jika parti terbesar kaum Melayu UMNO berjaya ditumbangkan dalam PRU akan datang.

Pakatan pembangkang dibarisi oleh DAP, PKR serta Parti Amanah Negara (PAN) yang menganggotai Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

PKR sebelum ini memaklumkan Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi Perdana Menteri sementara sebelum Anwar dibebaskan dari penjara.

Sebilangan penyokong DAP pula didakwa mahu Lim Kit Siang atau anaknya Lim Guan Eng menjadi Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Desas-desus tentang rundingan belakang PKR dan DAP itu semakin ketara apabila risalah mengenai draf Kabinet Pakatan Harapan tersebar dalam perhimpunan PKR baru-baru ini.

Draf itu menyaksikan Wan Azizah selaku Perdana Menteri, manakala Guan Eng bakal mencatat sejarah menjadi Timbalan Perdana Menteri pertama bukan Melayu, namun dinafikan PKR.

Mahathir baru-baru ini turut menawarkan diri menjadi Perdana Menteri tetapi dibantah oleh Anwar.

Penyokong PAN turut tidak ketinggalan apabila sebilangan mereka difahamkan sedang berusaha menggangkat Presidennya, Mohamad Sabu menjadi calon Perdana Menteri.


Demikianlah Artikel MP PKR bosan dengan amalan politik personaliti dalam Pakatan...Giler Kuasa Biasa Ler

Sekianlah artikel MP PKR bosan dengan amalan politik personaliti dalam Pakatan...Giler Kuasa Biasa Ler kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MP PKR bosan dengan amalan politik personaliti dalam Pakatan...Giler Kuasa Biasa Ler dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/mp-pkr-bosan-dengan-amalan-politik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :