link : MU Kelab Paling Berharga Dunia
MU Kelab Paling Berharga Dunia
LONDON: Manchester United menggantikan juara Eropah Real Madrid dalam senarai teratas pasukan paling berharga di dunia, menurut senarai tahunan diterbitkan Forbes.
United dinilai pada harga AS$3.69 bilion (RM15.74 bilion), peningkatan 11 peratus berbanding tahun lalu sekali gus menjadi bukti kepada kekuatan pembangunan jenama dan pemasaran pasukan berkenaan.
Forbes dalam satu kenyataan berkata, Barcelona berada di tangga kedua senarai dengan nilai AS$3.64 bilion (RM15.53 bilion) manakala Real Madrid yang memegang kedudukan teratas senarai sejak empat tahun lalu jatuh ke tangga ketiga dengan nilai AS$3.58 bilion (RM15.27 bilion).
Melengkapkan senarai lima teratas adalah Bayern Munich (RM11.56 bilion) dan Manchester City (RM8.87 bilion).
Enam pasukan dalam Liga Perdana Inggeris berada dalam senarai 10 teratas, menyaksikan United dan City disertai Arsenal dengan nilai AS$1.06 bilion (RM8.23 bilion), Chelsea (RM7.89 bilion), Liverpool (RM6.36 bilion) dan Tottenham Hotspur (RM4.52 bilion).
Juara Serie A, Juventus kesembilan (RM5.38 bilion). Reuters
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel MU Kelab Paling Berharga Dunia
Sekianlah artikel MU Kelab Paling Berharga Dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MU Kelab Paling Berharga Dunia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/mu-kelab-paling-berharga-dunia.html