Najib sindir mimpi bekas ketua uji PROTON

Najib sindir mimpi bekas ketua uji PROTON - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib sindir mimpi bekas ketua uji PROTON, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib sindir mimpi bekas ketua uji PROTON
link : Najib sindir mimpi bekas ketua uji PROTON

Baca juga


Najib sindir mimpi bekas ketua uji PROTON

Negara terpaksa menanggung kerugian besar syarikat PROTON sejak dahulu lagi, disebabkan melayan mimpi tidak realistik seorang individu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Tun Razak.

Beliau berkata, semua orang perlu sedar bahawa model perniagaan pengeluar kereta nasional pertama negara itu tidak mapan untuk jangka masa panjang.

“Terlalu lama mimpi tidak realistik dan kurangnya pemahaman komersial bekas ‘ketua tukang ujinya’ dilayan. Beliau lebih suka Proton dimiliki 100 peratus oleh Malaysia dan kerugian ratusan juta setahun.

“Tapi itu wang rakyat dan tidak bertanggungjawab untuk kita meneruskan model perniagaan yang jelas tidak akan berjaya,” katanya katanya dalam ucapan majlis menandatangani perjanjian antara DRB-HICOM dan Zhejiang Geely Holding Group (ZGH).

Walaupun Najib tidak menyebut sebarang nama, ia dipercayai merujuk kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang lantang mengkritik penjualan PROTON sejak kebelakangan ini.

Perjanjian ditandatangani Pengarah Urusan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Pengerusi Geely, Liu Shufu sambil disaksikan Najib, Pengerusi DRB-HICOM, Tan Sri Dr Mohd Khamil Jamil dan Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang.

Menurut Najib usahasama itu akan menyaksikan PROTON bakal menjadi pengeluar kereta utama di Asia Tenggara.

“Jika anda buta ekonomi, menolak pelaburan langsung asing kerana kurang maklumat atau sebab perkauman, ia hanya menyebabkan rakyat semakin mundur dan kita kehilangan daya saing,” katanya.


Demikianlah Artikel Najib sindir mimpi bekas ketua uji PROTON

Sekianlah artikel Najib sindir mimpi bekas ketua uji PROTON kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib sindir mimpi bekas ketua uji PROTON dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/najib-sindir-mimpi-bekas-ketua-uji.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :