ERA.fm Kekal Radio No.1 Malaysia

ERA.fm Kekal Radio No.1 Malaysia - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ERA.fm Kekal Radio No.1 Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ERA.fm Kekal Radio No.1 Malaysia
link : ERA.fm Kekal Radio No.1 Malaysia

Baca juga


ERA.fm Kekal Radio No.1 Malaysia

Astro Radio berjaya mengekalkan kedudukan sebagai radio No. 1 Malaysia dengan memperoleh 15.4 juta pendengar setiap minggu.

Keputusan tersebut berdasarkan kaji selidik yang dikeluarkan oleh Pengukuran Pendengar Radio GfK, 2017 baru-baru ini.

Dari perspektif kedudukan, hasil kajian mengesahkan bahawa Astro Radio terus dinobatkan sebagai rangkaian radio paling popular di Malaysia dan dekat di hati rakyat Malaysia.

Dinobatkan sebagai stesen No.1 negara dan radio Bahasa Malaysia paling popular, ERA fm mengalami peningkatan dari jumlah pendengar kepada 6.3 juta pendengar eksklusif seminggu.

Dari sudut kandungan radio, segmen pagi popular JoHaRa Pagi ERA yang di kendalikan oleh Johan, Haniff dan Ray terus menduduki tangga No.1 rancangan pagi dengan memperolehi 3.2 juta pendengar.

Di antara radio–radio berbahasa Malaysia, ERA fm turut mendominasi gelombang udara secara keseluruhan untuk rancangan- rancangan yang disiarkan.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pendengar setia yang sentiasa menyokong dari awal kemunculan JoHaRa. Hampir 7 tahun bersama Haniff dan Ray, saya sangat yakin mereka juga merupakan tunjang utama kejayaan JoHaRa yang kekal sehingga kini menjadi segmen pagi pilihan rakyat Malaysia.

Apa yang pasti, kami tidak akan berhenti untuk memikat hati pendengar ERA fm dengan pelbagai elemen-elemen yang akan mencuit hati mereka”, kata Johan.

ERA fm mula beroperasi pada tahun 1998 dan sehingga kini merupakan radio Bahasa Malaysia berformat terulung di Malaysia.

Menjadi radio pilihan pendengar muda dengan tagline “Muzik Hit Terbaik”, ERA fm masih mengekalkan konsep mesra pendengar yang sarat dengan hiburan dan berita semasa.

Sepanjang beroperasi, segmen JoHaRa Pagi ERA telah menjulang beberapa anugerah seperti Anugerah Radio Paling Diminati di Shout Award, Anugerah Lawak Warna bagi kategori Segmen Komedi Radio Popular, Anugerah MeleTOP ERA dan banyak lagi.

Selain itu, ERA fm turut mendapat sebuah anugerah Emas yang dipilih oleh pendengar di Putra Brand Awards dalam kategori Media dan Hiburan.

The post ERA.fm Kekal Radio No.1 Malaysia appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel ERA.fm Kekal Radio No.1 Malaysia

Sekianlah artikel ERA.fm Kekal Radio No.1 Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ERA.fm Kekal Radio No.1 Malaysia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/erafm-kekal-radio-no1-malaysia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :