Nyaris Dipatuk Di Bilik Air

Nyaris Dipatuk Di Bilik Air - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nyaris Dipatuk Di Bilik Air, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nyaris Dipatuk Di Bilik Air
link : Nyaris Dipatuk Di Bilik Air

Baca juga


Nyaris Dipatuk Di Bilik Air


KOTA BELUD: Seorang lelaki bernasib baik apabila berjaya mengelak daripada dipatuk ular tedung senduk di bilik mandi di rumahnya di Jalan Tamu, Kampung Siasai di Kota Belud di sini, jam 8.50 pagi hari ini.

Rizuan Jumat, 26, berkata, ketika kejadian, dia mahu masuk ke bilik air sebelum terlihat reptilia itu.

“Saya terkejut kerana ular sepanjang kira-kira satu meter itu cuba mematuk namun saya dapat mengelak. Jika sebaliknya, saya tidak tahu apa akan menimpa saya,” katanya ketika dihubungi.

Rizuan kemudiannya menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi mendapatkan bantuan.

Sementara itu, Pegawai APM Kota Belud Paulina Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan, jam 9 pagi.

“Empat anggota diketuai Ketua Skuad Abu Samah Ahmad dikejarkan ke lokasi dan tiba sembilan minit kemudian.

“Kami dapat menangkap reptilia seberat kira-kira setengah kilogram itu dengan peralatan khas. Operasi tamat sepenuhnya jam 9.15 pagi,” katanya.

Ular itu dibawa ke pejabat APM Kota Belud untuk tindakan lanjut.-myMetro
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Nyaris Dipatuk Di Bilik Air

Sekianlah artikel Nyaris Dipatuk Di Bilik Air kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nyaris Dipatuk Di Bilik Air dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/nyaris-dipatuk-di-bilik-air.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :